PEMAIN pertahanan Chelsea, Thiago Silva telah menandatangani lanjutan kontrak setahun yang mengekalkan bintang Brazil berusia 38 tahun di Stamford Bridge sehingga 2024, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Bekas bek tengah AC Milan itu yang telah bermain 106 kali untuk Chelsea, menyertai The Blues pada 2020 dari Paris St-Germain (PSG), merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara menjelang akhir musim itu.
"Apabila saya menandatangani kontrak pertama di sini, ia hanya untuk satu tahun. Sekarang ia sudah menjadi yang keempat!.
"Saya tidak dapat membayangkan itu, namun sebenarnya ia saat yang sangat istimewa untuk saya menandatangani dan kekal di Chelsea," kata Silva yang turut memenangi Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA pada 2021.
Dia memiliki 113 caps dan menjadi kapten Brazil pada Piala Dunia 2022 ketika tewas kepada Croatia pada suku akhir di Qatar.
"Dia seorang bakat bertaraf dunia, kerana dia telah terbukti selama bertahun-tahun untuk kelab dan negara, dan pengalaman, kualiti dan kemahiran kepimpinannya adalah penting untuk visi Chelsea ke hadapan," kata pengerusi Chelsea, Todd Boehly.
Chelsea yang berada di tempat kesembilan liga akan berdepan kelab London, West Ham United pada Sabtu sebelum bertandang ke Borussia Dortmund dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Juara pada Khamis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 11 2023

Aksi Thiago selepas tamat perlawanan EPL antara Chelsea dan Crystal Palace di Stamford Bridge, London, Britain, 15 Jan 2023. - Gambar fail REUTERS

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Lesen ERA FM tidak digantung - MCMC
MCMC membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen, Maestra Broadcast Sdn Bhd iaitu pengendali stesen radio ERA FM.

Kerajaan berpuas hati kemajuan pembinaan lima kapal LCS - Khaled Nordin
Kapal LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, dengan kapal kedua diluncurkan pada Mei 2025.

Polis tembak mati penjenayah di Bukit Mertajam
Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.
AWANI Ringkas: Insiden keselamatan siber tunjuk trend menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Chelsea tendang Manchester City ke tangga kelima
Gol tunggal Marc Cucurella jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, namun persembahan The Blues secara keseluruhan jauh daripada meyakinkan.

Chelsea raih bekalan tipis di Copenhagen
Walaupun bergelut di babak pertama, perubahan taktikal Enzo Maresca selepas rehat berjaya membuahkan hasil buat The Blues.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.

Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.

EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.

EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.

EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif.