KUALA LUMPUR: Juara berganda musim lepas Pasukan Hoki Terengganu (THT) terus mengungguli tangga teratas Liga Hoki Malaysia (MHL) apabila menewaskan Maybank 3-2 pada aksi MHL pada Sabtu.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada petang Sabtu itu menyaksikan kedua-dua pasukan di tangga teratas itu bermula garang memburu jaringan, namun THT terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-23 oleh pemain import dari Korea Selatan Jang Jonghyun.
Maybank bagaimanapun kembali mengimbangi permainan dengan mengikat kedudukan 1-1 menerusi gol pukulan sudut penalti Adam Aiman Mamat pada minit ke-25 sebelum rakan sepasukan Muhajir Abdu Rauf meledak pukulan sudut penalti kedua seminit kemudian.
Skuad kendalian jurulatih kelahiran Korea Selatan, Seo Jongho tidak putus asa melancarkan serangan untuk menyamakan kedudukan apabila Jonghyun sekali lagi menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-40.
THT kemudian berjaya memperoleh gol kemenangan hasil jaringan padang pemain kebangsaan Mohd Fitri Saari pada minit ke-52 dan keputusan kekal 3-2 sehingga wisel penamat.
Dengan kemenangan itu, THT berjaya mengumpul 31 mata dan kekal mendahului kedudukan teratas carta MHL manakala Maybank kekal di kedudukan ketiga dengan 23 mata.
Dalam pada itu, Jongho mengakui Maybank merupakan antara pasukan yang kuat untuk diatasi namun mengganggap ia sebagai cabaran positif pada musim kali ini.
"Matlamat kami ialah untuk memenangi perlawanan ini, jadi kami menganggapnya sebagai cabaran, kami bekerja sebagai satu pasukan dengan mentaliti inginkan kemenangan.
"Untuk perlawanan seterusnya di Terengganu, saya tahu orang Terengganu akan menyokong kami dan saya tidak mahu mengecewakan mereka, jadi saya sasarkan kemenangan dalam aksi seterusnya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini pada Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023

Dengan kemenangan itu, THT berjaya mengumpul 31 mata dan kekal mendahului kedudukan teratas carta MHL. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.

Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.

ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.