KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi negara Mohamad Eizlan Dahalan mungkin boleh berbangga apabila mengungguli Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Stadium Mini MSN Bukit Jalil hari ini.
Namun, pencapaian atlet kelahiran Tawau, Sabah berusia 23 tahun itu dengan lompatan setinggi 2.05 meter untuk meraih pingat emas pada kejohanan tersebut gagal mengatasi rekod terbaiknya 2.18m ketika memenangi gangsa pada Sukan SEA di Vietnam, tahun lepas.
Catatan tersebut sekali gus meresahkan penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu menjelang Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei depan.
Ketika ditemui pemberita, Mohamad Eizlan mengakui ketiadaan jurulatih tetap membimbingnya di Sabah membantutkan hasrat beliau melakukan lompatan terbaik sekali gus memperbaharui rekod peribadinya.
"Saya memang berada dalam Program Podium, namun disebabkan saya belajar di Universiti Malaysia Sabah, tiada jurulatih tetap di sana (Sabah). Memang agak sukar untuk melakukan latihan sendiri sebab itu saya merasakan jurulatih sangat penting untuk bimbing saya.
"Ketika saya berada di Kuala Lumpur, bekas jaguh lompat tinggi negara Lee Hup Wei melatih saya, dia (Hup Wei) juga bimbing saya ketika persediaan ke Sukan SEA Vietnam," katanya.
Mohamad Eizlan memaklumkan beliau akan hanya menjalani latihan sepenuh masa bersama jurulatih di Kuala Lumpur bermula bulan depan selepas pengajiannya dalam semester keempat Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi) berakhir pada 20 Feb ini.
Mohamad Eizlan yang berada dalam Program Podium di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) kini berada dalam kategori B untuk temasya dwitahunan itu.
Namun, beliau berpeluang untuk merebut slot kelayakan kategori A sekiranya menyertai Kejohanan Olahraga All Comers Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada minggu hadapan dan melakukan lompatan melepasi 2.10m untuk layak secara merit ke temasya di Phnom Penh, Kemboja itu.
Mohamad Eizlan, bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan menyertai kejohanan tersebut atau sebaliknya.
Dalam saingan hari ini, rakan sepasukannya Farell Glen Felix Jurus menduduki tempat kedua setelah merekodkan lompatan setinggi 2 meter manakala atlet Johor Norshafiee Mohd Shah, yang turut mencatat 2 meter di kedudukan ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
![Tiada jurulatih bantut hasrat Eizlan perbaharui rekod peribadi Tiada jurulatih bantut hasrat Eizlan perbaharui rekod peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676187438_MohamadEizlan.jpg)
Ketiadaan jurulatih tetap di Sabah membantutkan hasrat beliau melakukan lompatan terbaik sekali gus memperbaharui rekod peribadinya.
![Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739935315_tbSambalBuduDurian.jpg)
Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.
![Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.
![KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732030175_TBRUBIAHWANG.jpg)
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.
![Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661308816_Petronas.jpg)
Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.
![Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719808434_DatukHanifahHajar.jpg)
Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.
![Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.
![Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647531361_LogoKementerianPe.jpg)
Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.
![Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739934766_tbSuruhanjayaTenaga.jpg)
Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.
![Sivasangari tekad tingkat ranking dunia Sivasangari tekad tingkat ranking dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711937574_TBSivasangarijpg.jpg)
Sivasangari tekad tingkat ranking dunia
Sivasangari berharap untuk meneruskan momentum kecemerlangannya selepas mencapai ranking dunia tertinggi dalam kariernya baru-baru ini.
Industri teknologi Malaysia: Ekosistem & kemajuan
Malaysia telah menunjukkan perkembangan pesat dalam industri teknologi, menjadikannya salah satu pemain utama di rantau Asia Tenggara. Walaupun Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam industri teknologi, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi.
![Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712028856_TBJiaXinjpg.jpg)
Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.
![Tiada jurulatih bantut hasrat Eizlan perbaharui rekod peribadi Tiada jurulatih bantut hasrat Eizlan perbaharui rekod peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676187438_MohamadEizlan.jpg)
Tiada jurulatih bantut hasrat Eizlan perbaharui rekod peribadi
Ketiadaan jurulatih tetap di Sabah membantutkan hasrat beliau melakukan lompatan terbaik sekali gus memperbaharui rekod peribadinya.
![Sukan SEA Hanoi: Hup Wei akan bersara jika tidak terpilih Sukan SEA Hanoi: Hup Wei akan bersara jika tidak terpilih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646607391_LeeHupWei.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Hup Wei akan bersara jika tidak terpilih
Perkara itu akan ditentukan badan induk berkenaan dalam satu mesyuarat khas hari ini.
![Olimpik: Ketepi jurulatih, pilih pegawai negeri, KOM dikritik Olimpik: Ketepi jurulatih, pilih pegawai negeri, KOM dikritik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623069827_MohdMusaNoorMohd.jpg)
Olimpik: Ketepi jurulatih, pilih pegawai negeri, KOM dikritik
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah dikritik kerana memilih seorang pegawai dari negeri bagi mengiringi atlet ke Sukan Olimpik Tokyo, bulan hadapan.
![Nauraj kini berada di ranking kedua dunia Nauraj kini berada di ranking kedua dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461938379_NaurajSinghRandhaw.jpg)
Nauraj kini berada di ranking kedua dunia
Catatan 2.29 meter pada Kejohanan Terbuka Singapura ke-78 pada Khamis meletakkan Nauraj Singh pada ranking kedua dunia.