AKAN berlaku kekurangan penyokong Barcelona dalam pertarungan dengan Atletico Madrid di Wanda Metropolitano di atas faktor logistik.
Barca akan membuat kunjungan ke Madrid tanpa peminat selepas rehat antarabangsa pada 14 Oktober ini, demikian pengumuman dibuat pendahulu La Liga itu, hari ini.
Permohonan tiket untuk perlawanan tersebut telah dibatalkan kerana Atletico tidak dapat membekalkan tiket ditawarkan sebelum ini di stadium yang baru dibina, walaupun 62 penyokong yang telah membuat pembelian dijamin boleh hadir.
Situasi itu berlaku selepas Barca mengalahkan Las Palmas 3-0 tanpa penyokong di Camp Nou minggu lalu di sebalik ketegangan politik akibat referendum kemerdekaan Catalonia.
Stadium ikonik itu kosong apabila Lembaga Barca memutuskan untuk melangsungkan perlawanan tanpa penyokong selepas permintaan menunda perlawanan ditolak oleh La Liga.
Rayuan penangguhan Barca muncul di sebalik kekecohan akibat pungutan suara bagi kemerdekaan Catalonia pada Ahad lalu, yang diisytiharkan tidak sah oleh Kerajaan Sepanyol.
Astro Arena
Thu Oct 05 2017

kekurangan penyokong Barcelona dalam pertarungan dengan Atletico Madrid di Wanda Metropolitano. - Gambar Astro Arena

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid
Perlawanan separuh akhir itu menyaksikan Barcelona terlebih dahulu melayani kunjungan Atletico di penghujung bulan ini.

Tundukkan Barcelona sekadar tiga mata lagi untuk Atletico - Jan Oblak
Gol terakhir Alexander Sorloth mengesahkan kemenangan 2-1 untuk pasukan bimbingan Diego Simeone itu di Estadi Olimpic Lluis Companys.

LaLiga: Alvarez tinggalkan Manchester City untuk ke Atletico Madrid dengan perpindahan RM462 juta
Kelab Sepanyol itu akan membayar pendahuluan 75 juta pound (RM365 juta) sebelum melunaskan baki 20 juta pound (RM97.36 juta).

La Liga: Gol masa kecederaan Marcos Llorente nafi kemenangan Real Madrid
Jaringan awal Brahim Diaz kelihatan sudah memastikan Real mengambil peluang keputusan seri tanpa jaringan Girona bertemu Real Sociedad.

LaLiga: Joao Felix wira Barcelona tundukkan Atletico
Felix muncul duri dalam daging buat Atletico menerusi penyudahnya dalam separuh masa pertama untuk kemenangan 1-0 awal pagi tadi.

Alaba mohon maaf kepada penyokong Real Madrid susulan tewas kepada Atletico
Dalam ketiga-tiga kejadian, Alaba gagal mengawal pergerakan Alvaro Morata sebanyak dua kali dan Antoine Griezmann.

Felix dedah punca tinggalkan Atletico Madrid
Pemain itu menyertai Atletico dengan bayaran sebanyak 126 juta Euro pada 2019, namun bergelut untuk merealisasikan potensinya.

Copa del Rey: Llorente pacu kemaraan Atletico ke suku akhir
Pasukan bimbingan Diego Simeone itu hanya mencatatkan satu kemenangan daripada enam perlawanan LaLiga terakhir.

Atletico dikecam ekoran insiden perkauman terhadap Vinicius
Menurut kelab itu, perkara tersebut 'tidak boleh diterima' dan mereka tidak akan berhenti sehingga pelakunya ditemui dan dihukum.

Saga Griezmann: Barcelona mahu saman Atletico Madrid
Barcelona dan Atletico Madrid kini sedang bertelagah mengenai klausa pembelian Griezmann secara tetap.