KUALA LUMPUR: Kehadiran semula bekas ketua pasukan Safiq Rahim dalam skuad Harimau Malaya tidak disertakan 'tugas istimewa' oleh ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon.
Sebaliknya, Safiq, 35, berpendapat pengendali dari Korea Selatan itu menyenaraikannya bagi latihan pusat skuad kebangsaan agar beliau dapat menyumbangkan sesuatu kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang di Singapura.
"Tiada apa yang istimewa kerana kebanyakan pemain dipilih menyertai skuad ini mempunyai kelebihan masing-masing dan tugas yang ditetapkan. Jadi tidak salah untuk saya dapat memberikan sesuatu dalam pasukan.
"Apa yang pasti saya sifatkan diri saya ini baharu sama seperti pemain muda lain yang berada dalam skuad ini," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) tersenarai dalam kalangan 30 pemain yang dipilih Pan Gon menjelang aksi Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura minggu depan sebagai persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun.
Sebelum ini Pan Gon menyatakan mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau menyenaraikan Safiq dalam skuad negara.
Kali terakhir Safiq menyarung jersi kebangsaan adalah pada 2018 apabila menggalas tugas selaku ketua pasukan ketika Harimau Malaya mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Mongolia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Arkitek tengah itu pernah mengumumkan persaraan daripada pentas bola sepak antarabangsa pada 2016 namun kembali memperkuatkan skuad Harimau Malaya yang ketika itu dibimbing Nelo Vingada pada 2017.
Skuad Harimau Malaya dijadual berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac di Stadium Nasional Singapura, sebelum bertemu pasukan Liga Singapura Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Kali terakhir Safiq menyarung jersi kebangsaan adalah pada 2018 apabila menggalas tugas selaku ketua pasukan. - Foto Facebook/Safiq Rahim
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.

JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.

Pemain dahagakan kejayaan, ingin layak ke Piala Asia - Safiq
Saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula minggu depan adalah peluang buat barisan pemain negara mencipta sejarah.

Semua pemain miliki tugas khas dalam skuad kebangsaan - Safiq
Lima tahun tanpa kelibat pemain itu dalam skuad kebangsaan tidak banyak perubahan ketara terutama melibatkan barisan tengah skuad negara.

Tiada tugas istimewa - Safiq Rahim
Beliau disenaraikan supaya dapat menyumbangkan sesuatu kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang di Singapura.

FAM gantung Rezal Zambery, Safiq Rahim
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Dr Baljit Singh Sidhu berkata hukuman tersebut diputuskan jawatankuasa itu semalam dalam mesyuarat kali kelima bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM.

Safiq Rahim kembali sertai JDT
Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim bakal kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijangka bermula pada 5 Mac depan.

Melaka nafi perpindahan Safiq ke pasukan lain
Tiada sebarang rundingan atau perbincangan antara pihak persatuan dengan pasukan lain, yang dikatakan berminat menawarkan tempat, buat pemain tengah Melaka United itu.

Safiq masih dahagakan kejayaan
Safiq Rahim mengakui masih dahagakan kejayaan walaupun sudah mencipta pelbagai kejayaan dalam kancah bola sepak tempatan.