SUNGAI BULOH:Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) telah memulakan satu inisiatif pembangunan mampan dan mesra alam, iaitu dengan mempromosikan penggunaan bulu tangkis sintetik, untuk permainan badminton
Pengarah Bersekutu Perhubungan Pelabur dan Komunikasi Strategik Perangsang Selangor Mohd Fauzi Mohd Ghazali semalam, menggesa para penganjur kejohanan dan pemain untuk menggunakan bulu tangkis sintetik, yang lebih tahan, murah dan mengurangkan kekejaman terhadap haiwan.
"Untuk menghasilkan satu dozen bulu tangkis, bulu daripada 48 ekor angsa dicabut daripada haiwan itu ketika ia masih hidup. Jadi hari ini kita mula mempromosikan penggunaan bulu tangkis sintetik.
"Bulu tangkis ini adalah kira-kira 40-50 peratus lebih murah dan boleh tahan lebih lama. Ini satu peluang untuk semua pihak terlibat dalam badminton, untuk memainkan peranan mereka dalam menjaga persekitaran dan mengurangkan kekejaman terhadap haiwan," katanya kepada Bernama selepas pelanaran kempen itu di sini hari ini.
Kira-kira 50 peminat badminton menyertai kempen itu secara fizikal dan juga maya, termasuk dua pemain badminton pekak negara Boon Wei Ying dan Muhammad Shafiq Hassan, selain pemain beregu negara Chow Mei Kuan, yang bersiaran daripada Akademi Badminton Malaysia.
Mohd Fauzi berkata kedua pemain pekak itu ditaja oleh Perangsang Selangor akan mula menggunakan bulu tangkis sintetik untuk latihan mereka bermula tahun hadapan.
Beliau berkata, kumpulan itu juga terlibat dalam pelbagai usaha penjagaan persekitaran termasuk sisa kumbahan, pengurusan air, kecekapan tenaga, pembersihan pantai dan penanaman pokok.
Sementara itu Muhammad Shafiq yang mencuba bulu tangksi tiruan itu, menerusi seorang juru bahasa menyatakan, bola itu lebih berat, tahan lama dan bagus untuk penjagaan persekitaran berbanding penggunaan bulu tangkis biasa.
Pada Januari tahun ini, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah meluluskan penggunaan bulu tangkis sintetik untuk kejohaan bermula awal 2021, selepas ia diuji dalam tiga kejohanan antarabangsa pada 2018, namun disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, tidak dapat dipastikan sama ada badan dunia itu akan terus mengekalkan keputusan tersebut.
Selalunya dihasilkan menggunakan bulu angsa dan itik, sehingga 24 bulu tangkis boleh digunakan dalam perlawanan ketika pertandingan, di mana BWF mendakwa boleh dikurangkan sehingga 25 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 13 2020

Sehingga 24 bulu tangkis boleh digunakan dalam perlawanan ketika pertandingan, di mana BWF mendakwa boleh dikurangkan sehingga 25 peratus. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.