Bapa atlet paralimpik negara Siti Noor Radiah percaya kejayaan anaknya meraih pingat gangsa dalam acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) di Rio De Janeiro, Brazil semalam adalah hasil daripada kecekalan hati dan sikap mahu melakukan yang terbaik untuk dirinya.
"Dia seorang yang cekal, sebab itu, kami (keluarga) tidak terkejut tentang beritanya yang mengharumkan nama negara kerana kami sudah tahu akan kemampuannya," kata Ismail Shawal, 55, ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam acara berlangsung di Stadium Olimpik Rio itu, Siti Noor Radiah, 23, berjaya menduduki tempat ketiga selepas melakukan lompatan sejauh 5.20 m dalam percubaan ketiga, sekali gus mengatasi rekod Sukan Para Asia miliknya iaitu 5.10m yang direkodkan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.
Dipanggil sebagai 'Yaya' dalam kalangan keluarga, Siti Noor Radiah, 23, kata bapanya, sudah menunjukkan minat terhadap bidang sukan sejak di bangku sekolah rendah.
Ketika itu, dia kerap menemani bapanya ke beberapa kejohanan sukan anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandangkan bapanya adalah seorang bekas komando tentera darat di Kem Sungai Udang, Melaka.
Malah menurut Ismail, Siti Noor Radiah juga sering melihat dirinya memenangi pingat emas dalam acara renang 1,500 meter.
"Mungkin dari situ semangat Yaya untuk menjadi juara lahir dan Alhamdullilah, berbekalkan doa keluarga dan rakyat Malaysia, dia akhirnya berjaya mendapat pingat.
Saya gembira dengan pencapaian itu," katanya yang turut menyifatkan Yaya seorang anak yang tidak pernah segan berkongsi masalah dengan keluarga jika ditimpa musibah.
Ismail berkata, dia berbangga Yaya mengikuti jejak langkah yang aktif bersukan dan berharap ibu bapa lain yang mempunyai anak istimewa turut memberikan peluang kepada anak masing-masing untuk menonjolkan minat terhadap bidang diminati.
"Anak Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah anak yang istimewa dan luar biasa. Jika diberi peluang dan galakan, insya-Allah mreka mampu buat lebih daripada orang biasa," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2016
Siti Noor Radiah menghadiahkan gangsa buat negara menerusi lompatan sejauh 5.20 meter dalam percubaan ketiga pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro. - fotoBERNAMA / Fail
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ibu bapa tebusan Israel berterima kasih kepada Trump
Ibu bapa tebusan yang dibebaskan, Agam Berger, pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Sukan Paralimpik Paris 2024: Zahid ucap selamat maju jaya kepada atlet
"Ingatlah, dalam setiap cabaran, ada peluang untuk mencipta sejarah. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Selamat berjuang, kontinjen Malaysia!"
Habuan RM60,000 menanti pemenang emas Sukan Paralimpik 2024 - Megat D Shahriman
Habuan itu merupakan insentif diberikan oleh tiga syarikat luar bagi meningkatkan motivasi atlet negara memburu emas pada Paris 2024.
Paris 2024 penampilan terakhir Abu Samah?
Jaguh tenis kerusi roda negara Abu Samah Borhan tidak menolak kemungkinan Sukan Paralimpik 2024 di Paris bakal menjadi penampilan terakhirnya.
Majlis Paralimpik Malaysia tubuh Majlis Atlet
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan penubuhan Majlis Atlet bagi mematuhi dasar ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).
Majlis perkahwinan atlet paralimpik di Thailand berakhir dengan tragedi
Seorang pengantin lelaki mengamuk dan melepaskan tembakan rambang menyebabkan kematian termasuk pengantin wanita.
Jurulatih mahu Ridzuan Puzi 'pecut' lebih awal ke Paris
Juara Sukan Paralimpik 2016 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi diharapkan dapat menempah slot lebih awal dalam acara 100 meter (m) T36 (kecacatan fizikal), pada edisi 2024 di Paris, Perancis.
PRU15: Jangan lupa kebajikan, pembangunan sukan yang perlu untuk kami - Atlet Paralimpik
Arif Ridzuan berharap akan ada perubahan yang baik dapat diberikan oleh pemimpin dalam pembangunan sukan Paralimpik.
Bonnie Bunyau antara atlet Paralimpik terbaik dunia 2021
Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.
MPM tumpu pencarian bakat baharu
MPM menyasarkan untuk memberikan pendedahan kepada lebih ramai atlit paralimpik di arena antarabangsa.
Parlimen: KBS tetap jalankan siasatan lanjut isu Muhammad Ziyad
KBS bersependapat dan percaya dengan pendirian Muhamad Ziyad bahawa dakwaan beliau tiba lewat adalah dakwaan yang tidak berasas.