SEPANG: Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata penyertaan atlet tersebut boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada atlet sebaya mereka yang bertanding di temasya sukan tempatan itu.
"Kami cuba memberi peluang kepada semua atlet untuk bersaing di Sukma. Ini asas Sukma. Atlet yang berjaya pada Sukan Komanwel bermula dari negeri dan belum pernah mewakili negeri mereka di Sukma.
"Jadi, ini adalah peluang mereka untuk mewakili negeri dan menjadi kebanggaan kepada negeri mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyambut kepulangan skuad negara yang muncul juara kejohanan Dodgeball Dunia di Kanada, hari ini.
Antara pemenang pingat Sukan Komanwel yang bakal bertanding pada Sukma kali ini adalah penyumbang pingat emas pertama kontinjen negara di Birmingham, Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat) dan pemain badminton perseorangan lelaki Ng Tze Yong yang meraih perak.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk M. Jana Santhiran, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma berkata, kementerian dan MSN akan memastikan tiada lagi acara digugurkan pada edisi akan datang disebabkan tidak cukup penyertaan.
"Saya rasa kali (tahun) ini sahaja kita hadapi masalah sebegini. Pada masa akan datang, KBS dan MSN akan pastikan semua sukan mempunyai penyertaan mencukupi. Ini disebabkan COVID-19 dan sebagainya. Perlu adil kepada negeri yang tidak dapat mempersiapkan atlet mereka," katanya.
Sebelum ini, timbul isu pengguguran beberapa acara olahraga dan terjun berikutan tidak cukup penyertaan minimum daripada kontinjen negeri yang bertanding untuk meneruskan pertandingan.
Walaupun pihak penganjur mengurangkan syarat minimum lapan negeri kepada enam bagi edisi kali ini, penyertaan masih tidak mencukupi untuk meneruskan acara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
![Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662136928_TbMSN.jpg)
Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata penyertaan atlet tersebut boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada atlet sebaya mereka yang bertanding di temasya sukan tempatan itu. - Gambar fail/BERNAMA
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
![Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722610150_PearlyandThinaah.jpg)
Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya perjuangan beregu wanita negara Pearly Tan-M-Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berakhir dan kini beralih kepada misi meraih podium.
![Skuad terjun tutup kempen di Doha dengan aksi mengecewakan Skuad terjun tutup kempen di Doha dengan aksi mengecewakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707493809_EnriqueMaccartneyH.jpg)
Skuad terjun tutup kempen di Doha dengan aksi mengecewakan
Skuad terjun negara hari ini menamatkan kempen Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar tanpa membawa pulang sebarang pingat.
![Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662136928_TbMSN.jpg)
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.
![Sukan SEA: Satu kes doping dikesan Sukan SEA: Satu kes doping dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61502606054_urinetest.jpg)
Sukan SEA: Satu kes doping dikesan
Majlis Olimpik negara terbabit dihubungi untuk menawarkan pilihan sama da menjalani ujian sampel B atau mengakui kesalahan.
![Empat atlet Sukma Sarawak positif ujian doping Empat atlet Sukma Sarawak positif ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41460732651_doping.jpg)
Empat atlet Sukma Sarawak positif ujian doping
Empat pemenang pingat Sukma Sarawak didapati positif menggunakan bahan terlarang.
![Pemenang Olimpik Asia Tenggara terima tiket penerbangan percuma Pemenang Olimpik Asia Tenggara terima tiket penerbangan percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468397264_AirAsiaAirbusFar.jpg)
Pemenang Olimpik Asia Tenggara terima tiket penerbangan percuma
AirAsia menerusi seluruh rangkaiannya di 120 destinasi memberikan hadiah tiket penerbangan secara percuma mengikut kategori pemenang.