TIGA saat sahaja diperlukan untuk Tiger Woods menunjukkan bahawa dia mungkin akan kembali beraksi pada masa depan.
Kerjaya pemenang 15 kejuaraan utama itu diragui sejak cedera parah dalam satu kemalangan pada Februari lalu sebelum dia mengeluarkan satu video pendek, malam tadi, yang menunjukkan dia membuat pukulan iron.
Ia adalah kali pertama dunia menyaksikan hayunan hebat pemain itu sejak dia bernasib baik daripada mengalami kecederaan parah akibat kemalangan berkenaan.
Kaki kanannya patah teruk dan dia memerlukan pembedahan kecemasan selepas keretanya merempuh sebatang pokok di California yang mengakibatkannya turut mengalami kecederaan di kaki dan buku lalinya.
Pemain berusia 45 tahun itu kemudian menjalani pemulihan intensif sebelum kembali memukul bola, ia secara tidak langsung melambangkan satu langkah besar dalam proses pemulihannya.
Dalam sebuah rakaman ringkas itu, dia kelihatan berseluar pendek sambil memakai sarung di kaki kanannya.
Walaupun video itu menunjukkan Woods hanya melakukan satu pukulan, dia kelihatan berada di lapangan beserta sebakul bola.
Dia menyiarkan video itu dengan pesanan ringkas -- "Membuat kemajuan".
Ia menimbulkan harapan – untuk Woods dan peminat golf – bahawa bintang Amerika Syarikat itu mungkin kembali bersaing dalam Jelajah PGA pada tahun depan.
Mei lalu, Woods berkata objektifnya adalah untuk dapat berjalan semula tanpa menggunakan alata bantuan, nampaknya dia kini sudah melepasi tahap itu.
Polis Los Angeles pada April lalu mendedahkan kemalangan Woods berpunca daripada kelajuan tinggi yang menyebabkan keretanya hilang kawalan.
Polis yang memeriksa data yang direkodkan kenderaan itu -- model Genesis GV80 2021 -- mendapati atlet tersebut telah memandu dalam kelajuan melebihi 80mph di kawasan dengan had laju yang ditetapkan, 45mph.
Pihak berkuasa percaya juara Masters lima kali itu mungkin secara tidak sengaja telah memijak pedal minyak, bukannya brek kerana tiada bukti.
Astro Arena
Mon Nov 22 2021

Woods beraksi dalam President's Cup di Melbourne, Australia beberapa tahun lalu. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Terbuka British jadi acara terakhir Tiger Woods musim ini
Tiger Woods akan menjadikan kejohanan Terbuka British (The Open) di Royal Troon bulan depan sebagai acara terakhirnya musim ini selepas gagal melepasi 'cut' dalam Terbuka AS, lapor PA Media/dpa.

Anak lelaki Tiger Woods, Charlie sasar untuk layak ke acara Jelajah PGA
Woods junior itu akan bersaing dalam salah satu daripada empat pra-kelayakan kerana sasarannya ialah untuk mencapai Cognizant Classic.

Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.

Golf Terbuka AS: Tiger Woods tarik diri
Tiger Woods secara rasmi menarik diri daripada Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Los Angeles Country Club bulan depan.

Bekas kekasih dakwa Tiger Woods lakukan gangguan seksual
Erica Herman mendakwa dia diminta menandatangani surat perjanjian tanpa pendedahan (NDA) atau diberhentikan dari kerjanya.

Tiger Woods selamat jalani pembedahan buku lali di New York
Tiger Woods selamat menjalani pembedahan buku lali bagi merawat arthritis yang disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

Lakaran sejarah aktres Michelle Yeoh harap jadi inspirasi atlet negara - Nicol
Datuk Nicol David berharap kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh akan memberi inspirasi kepada atlet Malaysia merangkul Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berprestij pada satu masa nanti.

Bekas teman wanita Tiger Woods fail saman, dakwa wujud perjanjian kongsi rumah
Peguam Tiger Woods menafikan bahawa pemain golf terkemuka itu dan bekas teman wanitanya, Erica Herman memiliki perjanjian perkongsian rumah bersama di Florida.

Tiger Woods sasar kempen The Open
Tiger Woods merancang untuk berada di St Andrews bagi memburu kejuaraan The Open, bulan depan.

Golf The Masters: Woods optimis peluang ungguli kali keenam
Woods mengesahkan dia sudah berasa bersedia untuk membuat penampilan pertama sejak The Masters 2020.