KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual khusus bagi pusingan suku akhir hingga akhir.
Menurut penganjur menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, penjualan tiket kejohanan berstatus Super 500 itu meraih respon positif terutama bagi kategori Platinum dan Premium sekali gus membuktikan Perodua dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal menjanjikan pertarungan sengit antara kelompok 10 pemain terbaik dunia.
"Kita mendapat maklum balas luar biasa menerusi penjualan tiket kerana tiket Platinum dan Premium untuk perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir laris dan berbaki tidak banyak lagi untuk dibeli," menurut Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan itu.
Beliau dalam masa sama menasihati peminat badminton supaya membuat pembelian segera terutamanya untuk tiga hari pertama.
"Saya harap peminat badminton turut tidak melepaskan peluang membanjiri Axiata Arena untuk menunjukkan sokongan kepada pemain negara. Inilah peluang untuk peminat menyaksikan persembahan pemain ternama dunia yang sedang melakukan persiapan ke Olimpik Paris," katanya.
Mohamad Norza berkata seramai 294 pemain dari 25 negara menghantar penyertaan untuk Masters Malaysia 2024 manakala 21 daripadanya adalah pemain di bawah naungan BAM.
"Walaupun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 bagi badminton sudah berakhir, namun Masters Malaysia tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam kelompok 10 terbaik dunia," katanya.
Lima pemain kelompok 10 terbaik dunia bagi perseorangan lelaki mengesahkan penyertaan, termasuk wakil Denmark, Viktor Axelsen (1) dan Anders Antonsen (4), Li Shi Feng dari China (7), Kunlavut Vitidsarn dari Thailand (8), dan Loh Kean Yew dari Singapura (10), selain pemain negara Lee Zii Jia (11), akan bersaing merebut gelaran.
Manakala dalam perseorangan wanita, tiga pemain kelompok 10 terbaik dunia akan menyertainya dengan diketuai Han Yue (7) dan Wang Zhi Yi (9) dari China dan Zhang Beiwen dari Amerika Syarikat (10), selain juara 2018 dari Thailand, Ratchanok Intanon (11).
"Dalam acara beregu lelaki, bakal menyaksikan pertandingan hebat Kim Astrup-Anders Rassmussen dari Denmark (4) dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (5) selain He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China (11). Beregu wanita pula bakal menyaksikan antaranya pemain Jepun, Kie Nakanishi-Rin Iwanaga (13) dan pasangan negara Pearly Tan-M Thinaah (14).
"Beregu campuran pula menyaksikan penyertaan pasangan negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (9) dan Mathias Christiansen-Alehandra Boje dari Denmark (10), sebagai pilihan utama dalam menghangatkan lagi perebutan kejuaraan," katanya.
Pada edisi 2023, HS Pranoy dari India muncul juara perseorangan lelaki, Akane Yamaguchi dari Jepun (perseorangan wanita), Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan (beregu lelaki), Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea (beregu wanita) dan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand (beregu campuran).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Mohamad Norza menasihati peminat badminton supaya membuat pembelian segera terutamanya untuk tiga hari pertama. - Gambar Ticket2u

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.