Tiket bagi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember ini akan mula dijual dalam talian bermula 9 pagi hari ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiket tersebut dijual pada harga RM50 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
Peminat boleh membeli tiket dalam talian menerusi laman web http://www.tickethotline.com.my.
Beliau berkata penjualan tiket di kaunter pula akan mula dijual pada hari Rabu (17 Disember) bermula 6 petang dan kaunter tiket di stadium dibuka sehingga hari perlawanan.
"Kenaikan harga tiket daripada RM40 kepada RM50 bagi dewasa bukan perkara baharu sebaliknya ia telah diputuskan sejak awal penganjuran lagi," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Hamidin berkata jika dibandingkan dengan negara lain, harga tiket perlawanan di Malaysia jauh lebih rendah dan tidak membebankan penyokong bola sepak negara.
"Jika kita bandingkan dengan tiket perlawanan Piala AFF Suzuki lain harga tiket di Malaysia adalah lebih rendah.
"Di Singapura harga tiket dijual pada harga S$26 (RM61.17) manakala di Vietnam baru-baru ini, tiket perlawanan separuh akhir kedua antara Vietnam dan Malaysia dijual pada harga US$20 (RM69.91)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata pihak Football Association of Thailand (FAT) telah menyediakan sebanyak 2,500 tiket kepada penyokong Malaysia bagi perlawanan akhir pertama di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada 17 Disember ini.
"Kita juga mungkin akan menyediakan jumlah tiket yang sama iaitu sebanyak 2,500 keping kepada penyokong Thailand yang datang menyaksikan perlawanan akhir kedua di sini nanti," katanya.
Hamidin berkata beliau menaruh harapan tinggi agar pasukan bimbingan jurulatih Dollah Salleh mampu meraih gelaran juara pada kali ini dan ia adalah harapan bagi seluruh rakyat Malaysia.
Malaysia layak ke final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam, 4-2 dengan kemenangan agregat 5-4 pada aksi separuh akhir kedua di Hanoi, Khamis lepas.
Thailand pula layak ke final selepas membenam Filipina dengan agregat 3-0.
Bernama
Sun Dec 14 2014

Penjualan tiket di kaunter pula akan mula dijual pada hari Rabu (17 Disember) bermula 6 petang dan kaunter tiket di stadium dibuka sehingga hari perlawanan.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.