Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan pemilihan dua pemain dalam skuad Harimau Malaya bimbingan jurulatih Dollah Salleh.
Baginda, yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), mendakwa penjaga gol skuad negara, Azizon Abdul Kadir, yang kini beraksi bersama PDRM, pernah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.
Tunku Ismail turut mendakwa kapten pasukan PDRM, Mohd Muslim Ahmad, yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), mempunyai kaitan dengan seorang ceti haram berdasarkan rekod panggilan yang dibuat selepas aksi Liga Super musim lepas antara JDT dan Kelantan di Kota Baharu.
"Persoalannya sekarang, apakah sebenarnya yang difikirkan oleh Dollah? Ini adalah perkara yang cukup membimbangkan kerana secara tidak langsung ia jelas menunjukkan sistem pengurusan yang lemah.
"Kita dengan jelas memerlukan seorang jurulatih yang menilai persembahan seseorang pemain berpandukan kepada prestasi semasa dan bukan kerana pilih kasih," kata baginda seperti dipetik dalam laman web rasmi pasukan JDT www.johorsoutherntigers.com.my.
Azizon, yang pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, merupakan antara 17 pemain yang didenda selain diberi amaran keras oleh FAM selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengatur perlawanan ketika beraksi bersama skuad warga kota dalam saingan Liga Perdana pada 2012.
Enam belas pemain lain yang turut menerima hukuman sama ialah Benedict Martin, Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J. Mughilan Kartik, Muhamad Azwan Jatin, S. Sivaraj, Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor, Ahmad Dashila Tajudin, Hishamuddin Othman, Mohd Badrul Hisyam Azmi, Muhamad Ar'ra'uf Roslee, Muhammad Hanis Mohtar, Muhammad Rafef Raya, Muhammad Syafiq Johari, Mohd Munir Amran, Muhammad Taufiq Mohd Shukor, Ahmad Jihad Ismail.
Sebagai rekod pada 20 Dis tahun lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada lima pemain skuad warga kota yang didapati bersalah dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan.
Mereka adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie, Jeremy Danker dan Hafizi Roslee.
Selain itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia, penolong pengurus Rosli Omar dan pegawai pasukan, Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama.
Bernama
Mon Sep 15 2014

Tunku Ismail mempersoalkan pemilihan dua pemain dalam skuad Harimau Malaya bimbingan jurulatih Dollah Salleh.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.