HALA tuju bintang sensasi, Arif Aiman Hanapi dalam usaha mengembangkan karier bola sepak selayaknya ditentukan oleh majikannya iaitu pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, ini kerana sebagai pemain profesional mereka tertakluk kepada kontrak dan perancangan sesebuah pasukan yang sudah pasti mempunyai misi serta strategi mereka tersendiri.
Sambil menghargai pelbagai pandangan mengenai hala tuju pemain berusia 22 tahun itu, beliau berharap agar keputusan yang dibuat Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dihargai dan dihormati.
“Arif Aiman seorang pemain berbakat. Pokok pangkalnya bagi menghormati kontrak dan sebagai pemain profesional penentuan masa depan pemain itu biarlah diputuskan oleh TMJ.
“TMJ tahu apa nak buat. Nak cari peluang buat kelab dan pemain. Bola sepak adalah satu bisnes. Segala-galanya terserah kepada TMJ,” katanya kepada Sukan Sinar Harian pada Isnin.
Sebelum ini, bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mencadangkan agar Arif Aiman berkelana ke negara Arab seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengembangkan bakatnya.
Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah pula menganggap Jepun atau Korea Selatan merupakan destinasi lebih baik buat Arif Aiman jika dia berhasrat beraksi di luar negara.
Begitupun, baik Safee mahupun Effendi Jagan, mereka percaya Arif Aiman masih berada di landasan tepat untuk terus menjadi seorang pemain yang berkualiti berdasarkan asuhan yang cukup lengkap diterimanya di JDT.
Menurut Azraai, kualiti permainan yang dimiliki oleh Arif Aiman ketika ini adalah hasil program pembangunan efektif dan corak latihan bermutu oleh pengurusan terbaik JDT yang diterajui TMJ.
“Siapa Arif Aiman hari ini tanpa TMJ dan JDT. Dia dikelilingi oleh persekitaran yang positif, sikap rakan sepasukan yang berdaya saing. Ramai pemain berpengalaman membantunya.
“Pemain perlu bersaing sesama sendiri untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Apa yang dipraktiskan dalam latihan, itu yang diterjemahkan dalam padang.
“Corak latihan mereka berintensiti tinggi. Lihat Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad mampu beraksi cemerlang dalam skuad kebangsaan biarpun tiada dalam kesebelasan utama JDT,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 03 2023
Arif Aiman memiliki potensi besar untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti dalam masa beberapa tahun akan datang. - Gambar kecil: Tunku Ismail, Mohd Azraai
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
Beberapa kawasan di Lundu dinaiki air
Hujan lebat tanpa henti sejak pagi menyaksikan beberapa kawasan di Lundu, Sarawak dinaiki air. Antara yang teruk terjejas, kawasan borong King Supermarket, lokasi tumpuan orang ramai membeli barang keperluan.
ACLE: Saya mohon maaf, tidak dapat kawal emosi - Theerathon Bunmathan
Tindakan kurang bijaknya itu menghukum diri apabila menerima layangan kad merah selepas pengadil perlawanan melihat VAR.
'Kualiti Arif Aiman lebih baik daripada pemain import'
Jamal Nasir berkata, Arif Aiman terus konsisten dalam setiap permainannya malah turut mampu menyaingi ramai pemain import lain dalam JDT.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
Buktikan mampu menang tanpa Faisal, Arif Aiman
Sulaiman berkata, ketiadaan kedua-dua pemain itu membuka ruang buat pemain lain yang dipanggil untuk menyerlahkan keupayaan mereka.
Piala Asia: FIFA senarai Arif Aiman antara lima pemain perlu diberi tumpuan
Arif Aiman disenarai bersama empat bintang Asia lain, iaitu Junya Ito, Cho Gue-sung, Harry Souttar dan Harib Abdalla.
'TMJ tahu apa nak buat'
Arif Aiman memiliki potensi besar untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti dalam masa beberapa tahun akan datang.
ABK22: Arif Aiman JDT sambar tiga gelaran
Arif Aiman Hanapi, terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut dalam Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22) sebentar tadi.
Bergson, Arif Aiman cekap hidu peluang menarik - David James
Walaupun JDT mendominasi sebahagian besar perlawanan, titik tolak sebenar terletak kepada soal menyudahkan peluang terhidang.