TOKYO: Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis (5 Ogos).
Bermula di Pusat Akuatik Tokyo, kem Malaysia menghadapi saat mencemaskan sebelum ratu terjun negara Pandelela Rinong, mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir acara 10 meter platform wanita yang dijadual berlangsung esok.
Penerjun berusia 28 tahun itu, terpaksa berdepan detik cemas sehingga ke penghujung saingan sebelum layak ke separuh akhir apabila kedudukannya sentiasa berubah, sedangkan beberapa penerjun lain belum membuat terjunan masing-masing di pusingan kelima dan terakhir itu.
Penerjun kelahiran Sarawak itu yang memenangi pingat gangsa dalam acara itu pada edisi London 2012, akhirnya layak apabila menamatkan pusingan kelayakan tersebut di kedudukan ke-18 yang juga slot terakhir ke separuh akhir, selepas mengutip 284.90 mata selepas lima terjunan.
BACA SEMUA BERHUBUNG TOKYO 2020 DI SINI
Lapan belas penerjun terbaik akan bersaing pada separuh akhir pada 10 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) Khamis, sebelum 12 penerjun terbaik akan bertanding pada peringkat akhir, yang dijadual pada 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) pada hari sama.
Dalam pada itu, cabaran seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong terkandas di pusingan kelayakan, selepas menamatkan aksi di tempat ke-26 setelah mengumpul 251.80 mata.
Situasi mendebarkan turut dirasai di Velodrom Izu, Shizuoka, kira-kira 175 kilometer dari bandar raya ini, sebelum jaguh lumba basikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, masing-masing berjaya menempah tempat ke pusingan ketiga, acara pecut individu lelaki.
Namun, kedua-dua pelumba itu mengharungi laluan sukar apabila terpaksa bersaing dalam pusingan repechage, selepas tumpas di pusingan kedua perlumbaan yang berlangsung petang ini.
Azizulhasni mengesahkan tiket ke pusingan ketiga atau 1/8 itu apabila mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menumpaskan pelumba Kanada, Nick Wammes.
Muhammad Shah Firdaus pula terpaksa beraksi dua kali dalam pusingan repechage 1/16 selepas terlanggar pelumba Poland Patryk Rajkowski, sehingga menyebabkan lawannya itu terjatuh.
Pada perlumbaan diadakan semula, Muhammad Shah Firdaus, 25, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik, tidak berdepan masalah untuk mengatasi Rajkowski untuk menempah slot ke pusingan ketiga.
Azizulhasni, bagaimanapun bakal berdepan tugas berat pada saringan pertama Pusingan Ketiga itu apabila dijadual berdepan pelumba Belanda Jeffrey Hoogland, yang memecahkan rekod Olimpik 9.215 saat, yang dicatat pada pusingan kelayakan awal hari ini.
Sementara, Muhammad Shah Firdaus berpeluang untuk membalas dendam atas kekalahannya kepada Harrie Lavreysen, juga dari Belanda pada Pusingan Pertama atau 1/32 hari ini, apabila kedua-dua mereka akan bertemu semula pada saingan kedua, Pusingan Ketiga, esok.
Pusingan ketiga itu akan berlangsung pada 3.48 petang waktu tempatan (2.48 waktu Malaysia). Sekiranya berjaya mengatasi lawan masing-masing, kedua-dua pelumba negara akan bersaing di peringkat suku akhir pada hari yang sama, esok.
Di Kasumigaseki Country Club, pemain golf wanita utama negara Kelly Tan memulakan aksi pusingan pertama dengan berkongsi kedudukan ke-41, bersama lima pemain lain selepas mencatat dua atas par 73.
Pemain berusia 26 tahun itu memulakan aksi dengan catatan kurang memuaskan apabila mencatat tiga bogey pada sembilan lubang pertama (1, 6, 9), namun berjaya memperbaikinya dengan melakukan tiga birdie pada lubang 11, 14 dan 15.
Bagaimanapun, double bogey pada lubang 16 (par 3) menyaksikan wakil tunggal Malaysia dalam acara golf wanita pada temasya Olimpik Tokyo itu, menamatkan aksi dengan dua atas par 73 pada saingan disertai 60 pemain itu.
Pusingan kedua akan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 04 2021
![Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628067781_AzizulhasniAwangP.jpg)
Mohd Azizulhasni antara tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya esok. - foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735818691_TBAZIZUL.jpg)
Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.
![Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721543576_AzizulhasniAwang.jpg)
Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.
![Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723047254_TBAZIZULHASNI.jpg)
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
![Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025 Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733979411_AzizulhasniAwang.jpg)
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
![Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025? Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723047254_TBAZIZULHASNI.jpg)
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024 Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731493742_AzizulHasniAwang.jpg)
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
![Azizulhasni kenang jasa MSN Azizulhasni kenang jasa MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729474213_AzizulhasniAwang.jpg)
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
![Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726053241_TBShahFirdaus.jpg)
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
![Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726028212_TBAZIZULHASNI.jpg)
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
!['Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley 'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723768502_JohnBeasley.jpg)
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.