KUALA LUMPUR: Terlalu awal untuk menidakkan kemampuan sebenar skuad berbasikal trek negara diketuai jaguh keirin Datuk Mohd Azizulhasni Awang, dalam misi melakar kejayaan bersejarah di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Bekas atlet berbasikal trek negara Mohd Rizal Tisin, 37, berkata meskipun cabaran Malaysia dalam saingan pecut berakhir lebih awal, namun ia tidak boleh menjadi kayu ukur kepada peluang Mohd Azizulhasni dan seorang lagi pelumba Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara keirin.
Mohd Rizal yang memenangi pingat gangsa acara 1 kilometer (km) ujian masa di Kejohanan Dunia 2009 berkata pecut dan keirin adalah dua acara berlainan, yang mempunyai pendekatan taktikal berbeza.
"Tidak adil untuk nilai kemampuan mereka berdasarkan acara pecut kerana ia (pecut dan keirin) bukan macam acara dalam sukan olahraga iaitu 100 meter (m) dan 200m. Kedua-duanya acara berbeza.
"Pecut adalah 70 peratus kekuatan dan 30 peratus kemahiran taktikal, sementara bagi saya keirin 50-50. Satu lagi keirin juga bergantung kepada senarai permulaan, undian kedudukan dan posisi dalam perlumbaan," katanya yang berada di Singapura ketika dihubungi Bernama, pada Jumaat.
BACA: Tokyo 2020: Pelumba negara perlu ada taktikal ampuh dalam keirin, kata Rizal Tisin
Cabaran Mohd Azizulhasni yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' dan Muhammad Shah Firdaus dalam acara pecut berakhir pada Khamis, selepas terkandas di pusingan ketiga dan kedua-duanya akan memulakan saingan keirin di Veledrom Izu, Shizuoka, pada Sabtu.
Namun, berdasarkan catatan masa di bawah 10 saat (s) yang berjaya dilakukan Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus dalam acara pecut, selain keyakinan ditunjukkan dalam kayuhan mereka, Mohd Rizal optimis kedua-dua pelumba berada di landasan terbaik menjelang saingan itu.
Jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan Singapura itu berkata, antara kelebihan dimiliki kedua-dua pelumba negara itu adalah keberanian dan kebijaksanaan menghidu peluang, untuk melakukan pecutan dan beliau tidak melihat dua elemen itu terdapat pada pelumba lain.
"Kebanyakannya contoh seperti Belanda mereka mudah, mereka kuat dan mereka akan gunakan 'gear' berat jadi saya jangka dari mula sampai habis, mereka akan tarik perlumbaan ke depan. Tetapi saya pasti Azizulhasni dan Shah Firdaus sudah bersedia, mereka akan tunggu detik untuk 'attack'," katanya.
Pada masa sama, Mohd Rizal berkata status dan pengalaman luas Mohd Azizulhasni dalam acara keirin di pentas antarabangsa, termasuk memenangi gangsa di Olimpik Rio 2016 serta gelaran juara dunia diraih pada 2017, memberi lebih kelebihan kepada pelumba berusia 33 tahun itu.
"Belanda dan Great Britain memang kuat, tetapi dalam aspek pengalaman dari sudut taktikal mungkin kurang daripada Azizulhasni. Beliau antara pelumba paling berpengalaman kali ini dan pemenang pingat Olimpik edisi lepas, ini juga penampilan keempatnya, pengalaman beliau lebih dari yang lain," jelas beliau.
Dalam pada itu, saingan keirin pada Sabtu menyaksikan Mohd Azizulhasni diletakkan dalam saringan ketiga bersama Sebastien Vigier dari Perancis, Stefan Boetticher (Jerman), Patryk Rajkowski (Poland), Jean Spies (Afrika Selatan) dan pelumba Trinidad and Tobago Nicholas Paul.
Manakala Muhammad Shah Firdaus akan berentap dengan Matthew Richardson dari Australia, Hugo Barrette (Kanada), Jack Carlin (Great Britain), Sergey Ponomaryov (Kazakhstan) dan Matthijs Buchli dari Belanda.
Dua pelumba terbaik dalam keseluruhan lima aksi saringan akan mara secara automatik ke pusingan sukur akhir, sementara yang gagal akan bersaing dalam pusingan repechages untuk merebut baki slot pusingan suku akhir
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021

Cabaran Mohd Azizulhasni (gambar) dan Muhammad Shah Firdaus dalam acara pecut berakhir pada Khamis, selepas terkandas di pusingan ketiga. - Gambar fail/ Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.

Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.

Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny

Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.

Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.

Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.

Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.

Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
![[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya [PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629355286_TBSTUDENT.jpg)
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.

Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.