TOKYO: Perjalanan pasangan beregu utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masih lagi panjang dalam arena badminton walaupun merangkul gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo malam tadi.
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Flandy Limpele enggan mendabik dada dengan kejayaan anak buahnya, kerana banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
"Aaron-Wooi Yik masih muda dan mempunyai prospek cerah, namun mereka perlu lakukan lebih banyak latihan keras, tingkatkan gaya permainan di gelanggang termasuk kekuatan, kelajuan dan ketahanan kerana tiga aspek berkenaan, dilihat kurang berbanding pemain beregu Taiwan dan China di Olimpik Tokyo," katanya pada sidang media atas talian hari ini.
Aaron-Wooi Yik bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk meraih gangsa, selepas menewaskan pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung hampir sejam, semalam.
Mengulas mengenai aksi semalam, jurulatih berusia 47 tahun itu yang bangga dengan kemenangan Aaron-Wooi Yik itu percaya, anak buahnya mampu membawa pulang pingat selepas berjaya mempamerkan kebangkitan dalam set kedua, sebelum terus mengungguli set ketiga untuk mengecewakan pasangan Indonesia itu.
Flandy yang pernah memenangi gangsa bersama pasangannya Eng Hian, ketika mewakili Indonesia pada Athens 2004 optimistik bahawa, gandingan muda negara itu mampu mencatat kejayaan manis di Jepun selepas melalui persiapan dan latihan, yang disifatkannya sebagai luar biasa.
BACA: Tokyo 2020: Saya hampir menangis melihat bendera Malaysia berkibar - Soh Wooi Yik
BACA: Tokyo 2020: 'Terima kasih rakyat Malaysia' - Aaron-Wooi Yik
Sementara itu Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann mendoakan agar mencapai kejayaan lebih besar di Paris 2024, berikutan kejayaan di Olimpik Tokyo.
Beliau yang beraksi di tiga Olimpik (Sydney 2000, Athens 2004 dan Beijing 2008) mengakui, ada masanya yang beliau kuatir akan pulang dengan tangan kosong, namun kini boleh menarik nafas lega apabila Aaron-Wooi Yik berjaya memenuhi sasaran BAM untuk bawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat di Olimpik Tokyo.
Dalam masa yang sama Choong Han berharap Malaysia akan mempunyai dua wakil terutamanya dalam perseorangan lelaki dan beregu di Paris 2024 berbanding hanya satu wakil dalam setiap kategori di Tokyo.
"Kami tentunya akan bekerja keras dan menetapkan semula sasaran kami apabila membuat perancangan untuk tiga tahun akan datang," katanya.
Beliau juga percaya para permain yang diketuai juara All England 2021, Lee Zii Jia telahpun mencapai tahap kematangan mereka dan mereka mempunyai peluang lebih baik menakluki dunia suatu hari nanti dan akirnya memenangi pingat emas Olimpik suatu hari nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 01 2021

Aaron-Wooi Yik disifatkan masih muda dan mempunyai prospek cerah, namun memerlukan lebih banyak latihan keras untuk meningkatkan gaya permainan. - Gambar/ Bernama

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tokyo 2020: Perjalanan Aaron-Wooi Yik masih jauh - Flandy Limpele
Perjalanan pasangan beregu utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masih lagi panjang dalam arena badminton walaupun merangkul gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo malam tadi.

Tokyo 2020: Tingkatkan penglibatan atlet dalam acara sukan berpotensi - Khairy
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu lebih banyak atlet terlibat dan mempelbagaikan lagi penglibatan dalam setiap acara sukan dan kategorinya.