“KAMI amat sangat sayang dengan kelab ini, tolong jangan tutup PJ (Petaling Jaya) City FC.”
Itu antara luahan seorang pemain PJ City susulan khabar angin yang mengatakan bahawa kelab itu mungkin akan ditutup sekiranya tiada mana-mana pihak mahu membeli The Phoenix pada musim depan.
Menurut pemain yang enggan namanya didedahkan, dia dan rakan-rakan sepasukannya masih mengharapkan PJ City untuk kekal bersaing musim depan memandangkan kelab itu banyak membantu dari segi perkembangan bakat mereka.
“Memang saya dan kawan-kawan ada dengar khabar angin yang mengatakan kelab ini akan dijual pada musim depan. Tetapi setakat ini masih belum ada ‘hitam putih’ (dokumen rasmi) yang diberikan kepada kami.
“Bagaimanapun, kami masih berharap kelab ini tidak akan tutup dan kekal bersaing dalam Liga Super musim depan. Ini kerana PJ City banyak berjasa kepada setiap pemain dan bagi peluang kepada perkembangan karier kami.
“Malah, saya ada mendengar cerita ada di antara pemain yang masih berharap dapat bersama kelab ini musim depan walaupun sudah mendapat tawaran daripada kelab lain.
“Jadi, saya minta kalau boleh pihak pengurusan tertinggi PJ City, tolong jangan tutup kelab ini. Kami masih sayang dengan kelab ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Seorang lagi pemain PJ City percaya kelab itu masih lagi mampu bersaing dalam saingan Liga Super musim depan berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan mereka pada musim ini.
“Bagi saya, ia satu kerugian sekiranya kelab ini ditutup. Ini kerana kalau diikutkan prestasi semasa pasukan ketika ini, bukan mereka tidak mampu untuk bersaing, malah pada musim ini mereka berjaya menewaskan beberapa kelab besar.
“Dengan adanya kelab ini, ia memberi peluang bukan sahaja bakat-bakat muda kita, malah ia juga jadi tempat untuk pemain-pemain tempatan membina semula prestasi mereka yang terjejas sebelum ini.
“Antara yang kita dapat tengok ketika ini pemain seperti R Kogileswaran dan Darren Lok mendapat panggilan untuk mewakili pasukan kebangsaan selepas bersama kami,” ujarnya.
Sebelum ini, PJ City dikhabarkan sedang mencari pembeli baharu bagi selepas penaja utama mereka ketika ini menarik diri daripada menaja kelab itu pada musim depan.
Difahamkan, kelab yang menggunakan 100 peratus pemain tempatan itu sedang berusaha mencari pembeli baharu bagi meneruskan survival mereka di pentas liga domestik. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 09 2022
Darren antara pemain yang menyerlah sejak menyarung jersi PJ City. - Foto Facebook PJ CITY FC/Sinar Harian
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Tolong jangan tutup PJ City'
Khabar angin mengatakan kelab itu mungkin ditutup sekiranya tiada mana-mana pihak mahu membeli The Phoenix pada musim depan.
Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih
Pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya.
Momentum JDT terbantut, diikat PJ City
Hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan Piala FA Sabtu lepas tidak kesampaian, selepas terikat 2-2 dengan Petaling Jaya City FC (PJ City) pada aksi Liga Super malam ini.
PJ City mula kempen dengan kemenangan 1-0 ke atas Melaka United
PJ City FC membuka kempen Liga Super 2022 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Melaka United di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.
PJ City masih pertaruh resepi tempatan
"Musim 2022 akan memberi cabaran dan sasaran kami adalah untuk meraih tempat kelima."
Kedah kukuh kedudukan selepas benam PJ City
Kedah melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas menewaskan Petaling Jaya City 4-1 di gelanggang lawan sebentar tadi.
PJ City waspada sentuhan pelik Amri Yahyah
Maniam lebih selesa sekiranya PJ City dianggap sebagai kelab 'underdog' dalam pertembungan Liga Super di Kelana Jaya, Sabtu ini.
Harimau Selatan kukuh cengkaman
Skuad kendalian Benjamin Mora memulakan pesta jaringan pada minit kedua hasil tandukan Gonzalo Cabrera yang menewaskan penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.
Safee belum sedia untuk bersara
Status Safee jadi tanda tanya selepas kontraknya bersama PJ City tidak dilanjutkan.
Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir
Skuad Harimau Selatan membuka jaringan menerusi penyerang profilik negara Safawi Rasid pada minit ke-35, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan.