Gandingan beregu ketiga negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12 susulan mara ke final kejohanan bertaraf super 500 itu.
Lebih manis, Man-Tee turut merangkul kejuaraan pertama musim ini menundukkan wakil tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, sekali gus membawa pulang US$37,525 (RM164,285) sebagai hadiah utama.
Sementara itu, sensasi Pearly Tan-M. Thinaah turut menjadi tumpuan apabila menduduki ranking kelima dunia berbanding dua anak tangga musim ini dengan pungutan 78220 mata.
Begitupun, pasangan beregu wanita nombor satu negara itu hampir meraih gelaran keempat sepanjang karier mereka selepas Terbuka Swiss, Terbuka Perancis dan Terbuka Hong Kong, tahun lalu.
Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong menghantui Pearly-Thinaah untuk minggu kedua berturut-turut apabila mengungguli Masters Indonesia, minggu lalu.