Selepas menerima banyak keluhan mengenai isu kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Tan Sri Tony Fernandes memberi jaminan akan melakukan penambahbaikan untuk muncul yang terbaik di Asia.
Sambil menegaskan keadaan padang tidaklah terlalu teruk, katanya, beliau memastikan akan memenuhi janji demi keselesaan skuad Harimau Malaya dalam masa setahun susulan pelbagai spesies rumput diuji oleh petugas PSM.
Katanya, ia termasuk pilihan merangsang pertumbuhan rumput di luar stadium untuk mendapatkan cahaya matahari dan kemudian memasang di dalam stadium beberapa hari sebelum perlawanan, yang turut membolehkan stadium berkenaan digunakan untuk aktiviti bukan bola sepak tanpa menjejaskan kualiti padang.
"Kita berusaha menjadikannya semakin baik... ini adalah proses berterusan dan kami akan bekerjasama dengan FAM untuk mempunyai sebuah padang yang disukai mereka.
"Ia mungkin mengambil masa setahun atau lebih. Sistem perparitan adalah baik tetapi cara stadium direkabentuk dan sistem pengalihan udara tidak banyak membantu.
"Bahkan kita juga akan meminta pakar bukan sahaja dari negara Barat tetapi juga dari negara-negara seperti Thailand dan Singapura untuk membuat analisa bebas bagi tujuan penambahbaikan.
"Buat masa ini, kita akan mempunyai jurang masa yang lebih panjang antara sebarang aktiviti bagi memastikan kualiti padang," katanya pada sidang media di stadium berkenaan, pada Khamis.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan PSM bagi menjadikan stadium berkenaan sebagai ' Rumah Harimau Malaya' dengan semua perlawanan tempat sendiri skuad kebangsaan sepanjang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Piala Suzuki AFF 2020 berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
FAM diwakili oleh presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin dan PSM oleh Tony.
Sementara itu, Syed Saddiq, dalam ucapan ringkas pada majlis itu berkata, PSM ditetapkan dua Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu tempat duduk bernombor di stadium berkenaan serta penjualan tiket dalam talian.
Dalam pada itu, Hamidin berharap dengan usaha mendirikan muzium Harimau Malaya dan juga kedai rasmi Harimau Malaya, stadium tersebut akan menjadi salah satu tarikan pelancong seperti Stadium Wembley dan Stadium Emirates di England.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 15 2019

TONY: Kita juga akan meminta pakar bukan sahaja dari negara Barat tetapi juga dari negara-negara seperti Thailand dan Singapura untuk membuat analisa bebas bagi tujuan penambahbaikan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Tony janji jadikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil terbaik di Asia
Sambil menegaskan keadaan padang tidak terlalu teruk, katanya, beliau memastikan akan memenuhi janji demi keselesaan skuad Harimau Malaya dalam masa setahun susulan pelbagai spesies rumput diuji.