KUALA TERENGGANU: Pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team (TSG) mempertaruhkan tiga muka baharu bagi mengharungi saingan lebih mencabar musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata tiga tonggak baharu itu terdiri daripada dua pelumba import iaitu Andreas Miltiadas dari Cyprus dan Merhawi Kudus Ghebrenedhin dari Eritrea yang pakar dalam pendakian.
Beliau berkata pelumba tempatan yang dibawa masuk pula ialah bekas atlet Team Sapura Cycling, Nur Aiman Rosli menggantikan Mohd Shahrul Mat Amin.
"Lima pelumba import yang dikekalkan ialah Aiman Cahyadi, Jesse Ewart, Youcef Reguigui, Metkel Eyob dan Anotalii Budiak yang sudah tiga musim bersama TSG.
"Selain itu lapan pelumba tempatan yang turut membarisi TSG musim ini ialah Harrif Saleh, Irwandie Lakasek, Nur Aiman Mohd Zariff, Wan Abdul Rahman Hamdan, Zuladri Amin Zulkurnain, Kee Zhe Yie, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim dan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki yang juga kapten pasukan," katanya pada majlis pelancaran pasukan TSG 2024 di sini malam tadi.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu Hishamuddin Abdul Karim.
Che Ku Mohd Izmuddin berkata TSG menamatkan tirai musim 2023 dengan cemerlang apabila mengekalkan gelaran juara Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk tiga tahun berturut-turut.
Beliau berkata pasukan yang berpengkalan di Kuala Terengganu itu turut melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pasukan benua terbaik dunia selepas mengenepikan 178 pencabar lain.
"Malah kita juga berjaya memperbaiki ranking dunia dengan naik ke kedudukan ke-29 daripada 215 pasukan berbanding tempat ke-30 musim sebelumnya. Ini adalah pencapaian terbaik TSG sejak penubuhannya pada 2011," katanya yang menetapkan sasaran lebih tinggi pada musim ini.
Sementara itu Che Ku Mohd Izmuddin berkata TSG akan membuka tirai 2024 dengan perlumbaan bertaraf 2.2, Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 26 hingga 31 Jan ini, dan enam pelumba akan dipilih menyertainya di bawah bimbingan ketua jurulatih, Mohd Saiful Anuar Aziz.
"Kita akan melalui tujuh siri perlumbaan termasuk di Turkiye, Arab Saudi, Oman dan UAE sepanjang Jan dan Feb. Untuk tahun ini kita terima penajaan berjumlah RM10.84 juta, berkurang sedikit daripada tahun lepas kerana masalah kelembapan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
![TSG tampil tiga muka baharu harungi cabaran musim 2024 TSG tampil tiga muka baharu harungi cabaran musim 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705892246_TBTSGjpg.jpg)
Hishamuddin (empat, kiri), Che Ku Mohd Izmuddin (tiga, kiri) dan Tengku Farok (empat, kanan) bergambar bersama pasukan TSG pada Majlis Pelancaran Pasukan TSG 2024 dan meraikan kejayaan TSG malam tadi. --fotoBERNAMA
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![TSG tampil tiga muka baharu harungi cabaran musim 2024 TSG tampil tiga muka baharu harungi cabaran musim 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705892246_TBTSGjpg.jpg)
TSG tampil tiga muka baharu harungi cabaran musim 2024
Mereka terdiri daripada dua pelumba import iaitu Andreas Miltiadas dan Merhawi Kudus Ghebrenedhin dan seorang pelumba tempatan, Nur Aiman.
![Nur Aiman raih gelaran Raja Bukit Jelajah Rwanda Nur Aiman raih gelaran Raja Bukit Jelajah Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619991531_MuhammadNurAiman.jpg)
Nur Aiman raih gelaran Raja Bukit Jelajah Rwanda
Pelumba berusia 23 tahun itu mengungguli zon pendakian perlumbaan peringkat pertama bermula dari Kigali Arena, Kigali dan tamat di Rwamagana dengan jarak sejauh 115.6 kilometer (km).
![Kejayaan pelumba terdahulu jadi rangsangan Aiman raih jersi Merah Kejayaan pelumba terdahulu jadi rangsangan Aiman raih jersi Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581718672_Pelumbanegara.jpg)
Kejayaan pelumba terdahulu jadi rangsangan Aiman raih jersi Merah
Pencapaian itu meletakkan Aiman sebaris dengan Anuar Manan yang pernah menyarung jersi Hijau (Raja Pecut) pada 2010 dan Adiq Hussaini Othman - jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) pada 2016.
![PKBM harap kes penggantungan pelumba tidak berulang PKBM harap kes penggantungan pelumba tidak berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479645810_DatukAbuSamahAbd.jpg)
PKBM harap kes penggantungan pelumba tidak berulang
PKBM mahu penggantungan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Salleh menjadi kes pertama dan terakhir dalam sejarah badan induk itu.
![Lumba basikal: Muhamad Adiq Husainie terima ganjaran RM10,000, lot tanah Lumba basikal: Muhamad Adiq Husainie terima ganjaran RM10,000, lot tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61470284689_MuhamadAdiqHusaini.jpg)
Lumba basikal: Muhamad Adiq Husainie terima ganjaran RM10,000, lot tanah
Adiq muncul pelumba Malaysia pertama dijulang sebagai pelumba terbaik Asia (Jersi Putih) sejak 21 tahun penganjuran LTdL sekali gus menempa nama dalam Malaysian Book of Records (MBR).