KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan untuk negara apabila merangkul gelaran dunia kali kelapan di Kejohanan Badminton Para Dunia 2024 di Pattaya, Thailand, hari ini.
Liek Hou yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) menumpaskan musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, 21-15, 16-21, 21-15 dalam perlawanan selama 62 minit pada aksi berlangsung di Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya.
Juara Sukan Paralimpik 2020 itu sebelum ini muncul juara pada edisi 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2022.
Lebih membanggakan, pemain berusia 35 tahun itu turut melakar kejayaan berganda apabila memenangi emas beregu lelaki SU5 bersama pasangannya Muhammad Fareez Anuar dengan menumbangkan wakil India, Chirag Baretha-Raj Kumar, 21-17, 21-18.
kejayaan itu adalah gelaran dunia keenam Liek Hou dalam acara beregu selepas edisi 2005, 2007, 2011, 2013 dan 2015.
Liek Hou berharap kejayaan di Thailand mampu memberi motivasi buatnya beraksi cemerlang dalam kejohanan mendatang terutamanya Sukan Paralimpik 2024 di Paris dijadual berlangsung dari 28 Ogos-8 Sept ini.
"Kejohanan pertama untuk Tahun Naga ini dan saya dilahirkan pada Tahun Naga. Terima kasih kepada penaja yang sudi menyokong saya sepanjang karier saya.
"Tidak lupa juga kepada rakyat Malaysia yang sering menyokong saya. Terima kasih banyak menyokong saya dan pasukan para badminton negara selama ini," katanya menerusi laman Instagram.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Noor Azlan Noorlan-Muhammad Ikhwan Ramli terpaksa berpuas hati dengan pingat perak bagi acara WH1-WH2 (kerusi roda) apabila tersungkur di tangan Mai Jian Peng-Qu Zi Mo dari China, 10-21, 13-21.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan untuk negara apabila merangkul gelaran dunia kali kelapan di Kejohanan Badminton Para Dunia 2024 di Pattaya, Thailand, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Liek Hou tekad kekal rekod tanpa kalah pada 2024
Juara dua kali badminton Paralimpik Cheah Liek Hou bertekad untuk menamatkan kempen tahun ini dengan cemerlang.

Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap tahniah kepada Liek Hou rangkul emas pertama
Pencapaian Cheah Liek Hou sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Paris 2024 bukan pengakhiran, semangat Liek Hou masih membara untuk berjuang
Liek Hou mengakui masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou sumbang emas pertama buat Malaysia
Ia sekali gus mengulangi pencapaiannya semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Paralimpik Paris 2024: Emas sulung negara hari ini?
Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di s

Paris 2024: Liek Hou selangkah pertahan emas, Fareez terkandas
Liek Hou mengesahkan final kedua berturut-turut di pentas Paralimpik dengan mengambil masa 47 minit menumbangkan Dheva Anrimusthi dari Indonesia.

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou terus catat kemenangan
Cheah Liek Hou berjaya muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Suryo Nugroho pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou bermula cemerlang, Muhammad Fareez kejutkan Jen-Yu
Cheah Liek Hou memulakan misi mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki SU5 (cacat fizikal) dengan cemerlang pada hari pertama Sukan Paralimpik Paris 2024.

Paralimpik Paris 2024: Pengalaman Tokyo jadi taruhan Cheah Liek Hou di Paris
Cheah Liek Hou mempertaruhkan pengalaman Paralimpik Tokyo 2020 apabila memulakan kempen mempertahankan pingat emas di temasya Paris 2024.

#Gold: Jack Tan akui susah mainkan watak Liek Hou, ambil masa 6 bulan untuk latihan badminton
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.