Tujuh pemain ping pong negara tidak menolak kemungkinan untuk meminta campur tangan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, susulan pengguguran nama mereka ke Sukan SEA 2019 di Filipina, November ini, oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) atas alasan disiplin.
Wakil pemain, Ho Ying menegaskan kesemua mereka tidak pernah berhadapan masalah disiplin dan selalu menjalani latihan selain menyertai beberapa pertandingan di luar negara, walaupun mempunyai komitmen lain termasuk terikat dengan jadual pengajian di tempat masing-masing.
Pemain berusia 24 tahun itu mendedahkan kesemua pemain berkenaan menerima dua surat tunjuk sebab daripada TTAM pada Ogos lepas kerana membuat aduan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung kelemahan TTAM dalam proses pemilihan pemain ke Sukan SEA 2019, selain kegagalan persatuan menyediakan kemudahan latihan yang lebih baik kepada pemain negara.
"Bagi saya, alasan tidak hadir ke sesi latihan dan masalah disiplin tidak wujud, kerana kami semua patuh kepada arahan persatuan selama ini, dan saya tidak menolak kemungkinan ini bermotifkan politik.
"Saya hanya mengetahui mengenai pengguguran nama kami daripada menyertai Sukan SEA 2019 daripada kawan-kawan saya, sekembalinya daripada menyertai Kejohanan Ping Pong Asia Tenggara di Jakarta, baru-baru ini," katanya pada sidang media khas di sini, pada Sabtu.
Ho Ying yang kini menuntut di sebuah kolej swasta di Subang Jaya turut mendedahkan, TTAM dikatakan mengugut tujuh pemain berkenaan untuk menandatangani satu surat khas atau digugurkan terus daripada mewakili negara pada masa akan datang.
Beliau yang sudah beraksi bersama skuad kebangsaan sejak 11 tahun lepas, mendakwa akan berlaku percanggahan kontrak dengan MSN, memandangkan beliau serta dua pemain lain iaitu Karen Lyne dan Alice Chang Li Sian, masih berada di bawah Program Podium yang dikelolakan MSN.
"MSN sudah menyusun jadual pertandingan kepada kami bertiga sepanjang tahun ini dan adalah tidak wajar untuk TTAM mendesak kami menandatangani surat berkenaan.
"Tindakan TTAM menggugurkan nama kami ke Sukan SEA 2019 seolah-olah 'membunuh' karier kami dan saya amat berharap untuk memenangi pingat pada Sukan SEA," tegas Ho Ying.
Selain Ho Ying, Karen dan Alice, empat pemain lain yang digugurkan oleh TTAM ke Sukan SEA 2019 adalah Leong Chee Feng, Choong Javen, Tee Ai Xin dan Muhamad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal.
Bernama difahamkan TTAM mengambil keputusan untuk menggantikan tujuh pemain berkenaan dengan pemain muda daripada skuad kedua ke Sukan SEA 2019.
Sukan SEA 2019 akan berlangsung dari 30 Nov sehingga 11 Dis, melibatkan 56 acara di tiga kluster iaitu Manila, Clark dan Subic. -- Bernama
Bernama
Sat Sep 28 2019
![Tujuh pemain ping pong negara desak campur tangan Syed Saddiq Tujuh pemain ping pong negara desak campur tangan Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569684553_pingpong.jpg)
Ho Ying (dua, kiri) pada sidang media khas atlet ping pong kebangsaan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Sabtu. - fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738665102_TBUSAChina.jpg)
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
!['Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan' 'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735484251_MohdAmerSaidin.jpg)
'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'
Mohd Amer tidak tolak kemungkinan dia dan rakan sepasukan akan membuat aduan rasmi kepada pihak sepatutnya jika masih tidak ada jalan penyelesaian.
![KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734951735_KPDNKedah.jpg)
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
![99 aduan pelupusan bahan buangan terjadual secara haram direkodkan - Nik Nazmi 99 aduan pelupusan bahan buangan terjadual secara haram direkodkan - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731916232_NikNazmi.jpg)
99 aduan pelupusan bahan buangan terjadual secara haram direkodkan - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata daripada jumlah itu, 13 kes didapati mempunyai asas kukuh dan telah diambil tindakan penguatkuasaan.
![Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649369867_TBLORI.jpg)
Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.
![Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
![Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729517409_CameronHighlandKe.jpg)
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
![Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721891818_ParisOlympics.jpg)
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
![Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719037630_AnthonyLoke.jpg)
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
![Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716025388_AzalinaOthman.jpg)
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.