Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kepulangan kontinjen Paralimpik Rio 2016 yang akan tiba di tanah air pada Khamis ini.
Ia sebagai tanda penghargaan kepada kontinjen paralimpik negara yang berjaya mengharumkan nama negara sepanjang berlangsungnya sukan berprestij itu.
"Ini adalah cara kita untuk menghargai mereka kerana atlet Olimpik sebelum ini diraikan semasa perarakan Hari Kebangsaan, dan jelas sekali apabila atlet paralimpik pulang mereka tiada perarakan Hari Kebangsaan, jadi kami putuskan untuk mewujudkan konvoi untuk mereka melalui sepanjang bandaraya Kuala Lumpur," katanya dalam sidang media di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Justeru, beliau menjemput seluruh rakyat Malaysia yang ingin meraikan kemenangan kontinjen paralimpik negara berkenaan untuk sama-sama memberi sokongan di Komplek Bunga Raya atau menyambut mereka sepanjang perarakan di sekitar ibu negara.
"Saya harap sesiapa yang kerja di sekitar KLCC, atau Bukit Bintang akan keluar dan meraikan atlet ini kerana kami dengar orang awam mahu menyokong mereka, bangga dengan mereka, jadi inilah masa semua orang untuk keluar dan tujukkan sokongan mereka pada 22 September ini," katanya.
Sambutan akan dimulakan sebaik mereka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 3.05 minit petang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan turut menyambut kepulangan kontinjen berkenaan.
Mereka kemudian akan diarak di atas bas menuju ke Kuala Lumpur untuk sama-sama meraikan kejayaan bersama rakyat Malaysia.
"Pada 5.30 petang, bas akan berhenti di KLCC, berhadapan dengan pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas untuk berjumpa orang ramai, dan selepas itu bas akan bergerak ke arah Pavilion dan akan berhenti di pintu utama Pavilion. Selepas itu bas akan berkonvoi ke Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan yang dijangka tiba jam 7 malam," jelasnya lagi.
Sambutan meriah dan besar-besaran bakal menanti kontinjen Paralimpik Rio 2016 pada Khamis ini atas pencapaian luar biasa mereka sepanjang berlangsungnya sukan berprestij itu.
"Sambutan ini berdasarkan pencapaian luar biasa mereka yang berjaya merangkul empat pingat, iaitu tiga emas, dan satu gangsa, pencapaian terbaik Malaysia dalam paralimpik," ujar beliau.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menyumbangkan pingat emas bersejarah itu dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) selepas mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadamkan rekod Sukan Paralimpik 12.25s milik Roman Pavlyk dari Ukraine yang dilakukan di Beijing pada 2008.
Selepas itu, pemenang pingat gangsa pada Sukan Paralimpik 2012 di London, Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak lontaran 16.84m untuk pingat emas kedua negara.
Abdul Latif Romly meneruskan langkah cemerlang itu apabila meraih pingat emas ketiga Malaysia selepas memecahkan rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak lompatan 7.60m.
Sementara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat gangsa menerusi acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) dengan rekod baharu Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m, mengatasi catatan rekod lama 5.10m.
Pencapaian tiga pingat emas dan satu gangsa itu meletakkan Malaysia di kedudukan ke-36 dalam kalangan 170 negara yang menyertai temasya Paralimpik Rio.
Rahimah Abdullah
Tue Sep 20 2016
Pencapaian tiga pingat emas dan satu gangsa adalah pencapaian terbaik negara dalam temasya sukan dunia itu. - Gambar fail
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.