KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China, pada 9 hingga 14 April ini.
Walaupun Tze Yong masih menjalani proses pemulihan susulan pembedahan di bahagian belakang baru-baru ini, namun Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata kesemuanya bergantung kepada keinginan pemain berkenaan sama ada benar-benar mahu beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu atau sebaliknya.
"Terpulang kepada Tze Yong sama ada dia yakin atau tidak untuk bermain di BAC, jika tidak lebih baik fokus kepada Piala Thomas 2024 dan lupakan Olimpik.
"Tze Yong perlu all out kerana laluan untuk ke Olimpik dia perlu muncul juara (BAC)," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.
Laluan pemain berusia 23 tahun itu untuk ke Paris 2024 kini di ambang bahaya selepas tersingkir daripada carta kedudukan 16 pemain teratas dalam Race to Paris yang dijangka berakhir pada 28 April ini.
Sementara itu, pemain profesional, Lee Zii Jia berada dalam kedudukan terbaik untuk beraksi buat kali kedua di pentas Olimpik selepas Tokyo 2020 apabila menduduki tangga ke-10 dalam carta Race to Paris dengan memungut 68,296 mata.
Sesebuah negara hanya boleh menghantar dua wakil bagi acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada kedudukan 16 teratas dalam ranking Race to Paris.
Temasya Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sementara itu, Rexy berkata Tze Yong ketika ini belum berupaya untuk melompat manakala pergerakannya di dalam gelanggang masih terbatas.
Pakar beregu dari Indonesia itu berharap agar pemain ranking ke-18 dunia itu mampu mengatasi trauma susulan kecederaan yang dialaminya bagi mengembalikan semula keyakinannya di dalam gelanggang.
"Datuk Tey Seu Bock (jurulatih perseorangan lelaki) juga ada beritahu saya ketika latihan di gimnasium Tze Yong ada rasa sedikit fed up, nak buat ini tak boleh, nak buat itu tak boleh.
"Kita semua mahu Tze Yong fit tapi apapun berbalik kepada beliau sama ada mahu terus mencuba atau sebaliknya kerana dia lebih memahami keadaan badannya...," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024

Walaupun Tze Yong masih menjalani proses pemulihan susulan pembedahan di bahagian belakang baru-baru ini, namun Rexy berkata kesemuanya bergantung kepada keinginan pemain berkenaan. - Gambar fail/Bernama
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.

Badminton: Tze Yong sudah kembali berlatih - Rexy
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong sudah mula menjalani latihan ringan bersama kem skuad kebangsaan sejak dua minggu lepas.

Skuad badminton perlu mulakan misi emas LA28 sekarang - Rexy
Skuad badminton negara yang hadir ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan impian untuk meraih emas sulung negara bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan dua pingat gangsa.

Rashid simpati nasib Tze Yong
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik.

Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024
Ng Tze Yong bakal terlepas penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.

Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali
Dr SS Cheema berkata, sakit belakang tidak dapat diramalkan.

Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir
Hannah menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, berakhir April ini.

SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.