HANGZHOU: Pemain badminton perseorangan negara Ng Tze Yong mengejutkan bekas Juara Dunia Loh Kean Yew dari Singapura dalam perlawanan pusingan kedua Sukan Asia di Gimnasium Binjiang di sini hari ini.
Pemain berusia 23 tahun itu dengan tenang menguasai permainan sebelum memenanginya dengan straight set 21-12, 21-14 menundukkan pemain nombor sembilan dunia Kean Yew yang merupakan pemain sulung Singapura memperoleh gelaran juara dunia itu pada 2021.
Dalam pertarungan esok untuk menempah slot ke suku akhir, Tze Yong bakal berhadapan pemain nombor 35 dunia Kantaphon Wangcharoen dari Thailand, yang menewaskan Hussein Zayan Shaheed dari Maldives 21-3, 21-5.
"Saya rasa prestasi hari ini baik, tetapi setiap perlawanan kena perbaiki, harus bincang dengan jurulatih (Hendrawan). Perlawanan esok boleh dikatakan 50-50 kerana beliau pemain yang lebih senior dan saya tidak pernah bertemunya.
Saya menghadapi masalah, yang kadang-kadang boleh menang menentang pemain terkemuka, tetapi perlawanan seterusnya tidak konsisten. Memang saya tahu apa masalahnya, harap ianya dapat diatasi," katanya selepas perlawanan.
Sementara itu beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah yang kali pertama menyertai Sukan Asia dengan mudah menyingkirkan beregu Singapura Jin Yu Jia-Crystal Wong Jia Ying 21-12, 21-16 untuk mara ke pusingan ketiga.
Pearly-Thinaah, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan dicabar beregu nombor 10 dunia dari Thailand Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai yang menewaskan wakil Pakistan Mahoor Shahzad-Ghazala Siddique 21-5, 21-7.
Satu lagi beregu wanita negara Valeree Siow-Go Pei Kee mengakhiri kempen Sukan Asia mereka selepas tewas kepada beregu nombor lima dunia, Chiharu Shida-Nami Matsuyama dari Jepun 9-21, 13-21.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Tze Yong bakal berhadapan pemain nombor 35 dunia Kantaphon Wangcharoen dari Thailand, yang menewaskan Hussein Zayan Shaheed dari Maldives 21-3, 21-5. - Gambar fail/Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.

Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.

Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.

Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.

Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.

Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.

Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz

Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.

Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.