JUARA flyweight UFC, Henry Cejudo meraih kejuaraan keduanya selepas menewaskan Marlon Moraes dalam aksi UFC 238 di Chicago, Illinois pada Ahad.
Cejudo, 32 tahun, dari Amerika Syarikat mengalahkan Moraes dari Brazil menerusi TKO pada minit 4:51 pusingan ketiga untuk merebut gelaran juara dunia bantamweight UFC.
Gelaran tersebut dikosongkan selepas penyandangnya, TJ Dillashaw digantung perlawanan kerana gagal ujian doping pada Mac lalu.
Pertarungan acara utama itu menyaksikan kedua-dua petarung saling bertukar sepakan beserta beberapa siri tumbukan pada awal minit pusingan pertama.
Selang beberapa minit kemudian, Cejudo berjaya membuat ‘take down’ dan menjatuhkan Moraes ke kanvas untuk seketika.
Pada pusingan kedua pula, pertarungan dilihat telah sedikit didominasi oleh Moraes, namun Cejudo turut membalas dengan beberapa serangan pantas diikuti dengan serangan lutut ke bahagian muka Moraes.
Tidak membiarkan dirinya dibelasah, Moraes turut membuat ‘spinning kick’ dan beberapa tendangan ke arah kaki Cejudo, serta berjaya menjatuhkan lawannya itu ke lantai.
Pada pusingan ketiga, Cejudo melakukan cubaan untuk mengunci Moares menerusi ‘submission’ namun tidak berjaya.
Dia kemudiannya, terus menyerang Moraes dengan tumbukan dan siku, sehingga lawannya itu tidak dapat mempertahankan diri, dan memaksa pengadil untuk menghentikan perlawanan.
Keputusan itu menjadikan rekod kemenangan Cejudo, 15-2. Dia menjadi atlet UFC keempat yang memegang kejuaraan dua divisyen selepas Conor McGregor, Daniel Cormier and Amanda Nunes.
Selain itu, Cejudo juga pernah memenangi pingat emas dalam sukan gusti di temasya Olimpik Bejing pada 2009 lalu.
Sementara itu, acara 'co-main event' pula menyaksikan satu lagi pertarungan merebut kejuaraan iaitu bagi divisyen flyweight wanita.
Juara bertahan Valentina Shevchenko kali ini dicabar petarung dari Amerika Syarikat, Jessica Eye yang juga merupakan petarung yang menduduki ranking pertama dalam divisyen flyweight wanita.
Pertarungan bermula dengan beberapa siri tendangan padu dari Shevchenko ke arah badan Eye.
Shevchenko kemudian berjaya menjatuhkan lawannya dan membawa pertarungan ke kanvas Octagon.
Eye dilihat berjaya berdiri untuk seketika sebelum Shevchenko kembali mendominasi pertarungan dengan membawa Eye sekali lagi ke kanvas sehingga akhir pusingan pertama.
Pusingan kedua tidak bertahan begitu lama. Tendangan padu dari Shevchenko kali ini berjaya mengena tepat ke kepala Eye pada saat ke 26.
Akibat tendangan itu Eye terus rebah dan tidak sedarkan diri. Pengadil perlawanan terus menamatkan pertarungan dan memberi kemenangan kepada Shevchenko menerusi cara KO.
Shevchenko, 31 tahun yang berasal dari Kyrgyzstani kini memegang rekod MMA 17-3.
Dengan kemenangan ini, Shevchenko sememangnya boleh dianggap antara petarung MMA wanita terhebat ketika ini.
Haider Yutim, Hilmi Ismail
Sun Jun 09 2019

Cejudo, 32 tahun, dari Amerika Syarikat mengalahkan Moraes dari Brazil menerusi TKO pada minit 4:51 pusingan ketiga untuk merebut gelaran juara dunia bantamweight UFC. - Foto AP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

UFC 269: Julianna Pena cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Amanda Nunes
Julianna Pena menumpaskan Amanda Nunes itu menerusi kuncian rear naked choke pada minit 3:26 pusingan kedua.

UFC 249: Cejudo kekalkan kejuaraan bantamweight, umum bersara dari MMA
Henry Cejudo berjaya mengekalkan kejuaraan bantamweight yang disandangnya selepas menewaskan Dominick Cruz dalam aksi UFC 249, di Florida pada Ahad.

UFC 238: Cejudo juara bantamweight dan flyweight, Shevchenko KO-kan Jessica Eye
Juara flyweight UFC, Henry Cejudo meraih kejuaraan keduanya selepas menewaskan Marlon Moraes dalam aksi UFC 238 di Chicago, Illinois pada Ahad.

4 perkara anda perlu tahu tentang Jordan Boy
Petarung dari Kedah ini muncul pada perlawanan pertamanya di 'ONE: Destiny Of Champions' dengan mengalahkan Stergos 'Greek Dynamite' Mikkios dalam perlawanan ONE Super Series.

Jordan Boy menang pertarungan sulung di ONE Championship
Atlet muda Muay Thai negara, 'Jordan Boy' Mohammed Mahmoud berjaya memenangi pertarungan sulungnya di kejohanan ONE Super Series.