ORGANISASI seni bela diri campuran (MMA) terkemuka dunia, UFC mengumumkan pembukaan permohonan bagi Biasiswa Latihan AirAsia UFC (AirAsia UFC Training Scholarship) tahun 2019.
Biasiswa itu yang kini sudah memasuki tahun kedua, menyediakan peluang bagi atlet-atlet MMA berpotensi untuk menjalani program latihan yang ditaja sepenuhnya di Institut Prestasi UFC di Shanghai, China.
Program latihan empat minggu itu akan memberi peluang kepada atlet-atlet tersebut berlatih dengan atlet MMA bertaraf dunia di bawah bimbingan pasukan Institut Prestasi UFC, yang diterajui bekas juara lightweight UFC dan 'Hall-of-Famer' Forrest Griffin.
Naib Presiden Kanan UFC APAC, Kevin Chang berlata, objektif utama UFC menerusi Institut Prestasi UFC Shanghai adalah untuk mempercepatkan pembangunan MMA di rantau Asia-Pasifik dengan menyediakan kemudahan bertaraf dunia, latihan terbaik, dan pendekatan inovatif kepada sains sukan.
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan AirAsia untuk menawarkan program tahunan ini, dan kami yakin ia akan meningkatkan kumpulan berbakat di rantau ini yang sedia mengasah kemahiran mereka dalam fasiliti latihan MMA yang termaju di dunia," katanya.
Tahun lalu, biasiswa itu diberikan kepada atlet strawweight wanita Indonesia, Linda Darrow. Dia menjalani latihan di Institut Prestasi UFC di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.
Sementara itu, Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, AirAsia menerusi kempen #DARETODREAM, akan terus memberi inspirasi kepada para atlet baru untuk merealisasikan potensi mereka.
"Tahun lepas, biasiswa ini diberi kepada Linda Darrow dari Indonesia, dan tahun ini, seorang lagi atlet dari Asia-Pasifik akan diberikan peluang yang sama iaitu untuk berlatih dengan yang terbaik di UFC," katanya.
Permohonan untuk Biasiswa Latihan AirAsia UFC boleh dibuat secara atas talian di www.airasia.com/ufcscholarship.
Bulan lalu, UFC telah mengumumkan pelancaran UFC Performance Institute atau Institut Prestasi UFC di Shanghai.
BACA: UFC lancar pusat latihan MMA terbesar dunia di Shanghai
Disifatkan sebagai pusat pembangunan dan latihan MMA terbesar di dunia, ia dikatakan hampir tiga kali ganda lebih besar berbanding pusat latihan mereka di Las Vegas.
UFC juga akan menggunakan pusat tersebut sebagai ibu pejabatnya di Asia, perumahan kakitangan UFC dan Institut Prestasi UFC, termasuk pakar dalam bidang MMA, latihah kekuatan, sains sukan, terapi fizikal dan pemakanan.
Selain itu, ciri-ciri tambahan seperti suite perhotelan, kedai makan, perkhidmatan runcit dan ruang bagi peminat turut disediakan.
Haider Yutim
Mon Jul 15 2019

UFC mengumumkan pembukaan permohonan bagi AirAsia UFC Training Scholarship tahun 2019. - Foto UFC/AirAsia

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

UFC, AirAsia tawar biasiswa jalani latihan MMA di Shanghai
Organisasi MMA terkemuka dunia, UFC mengumumkan pembukaan proses permohonan bagi Biasiswa Latihan AirAsia UFC (AirAsia UFC Training Scholarship) tahun 2019.