JESSICA Andrade berjaya merampas gelaran strawweight wanita selepas menundukkan juara bertahan, Rose Namajunas dalam aksi UFC 237 di Rio de Janeiro, pada Ahad.
Andrade, 27 tahun, dari Brazil menumpaskan lawannya dari Amerika Syarikat menerusi ‘knockout’ pada minit 2.58 pusingan kedua.
Semasa pusingan pertama, Andrade diasak oleh Namajunas menerusi tumbukan padunya ke bahagian muka.
Bagaimanapun pada pusingan kedua, Andrade berjaya menukar strategi, dan mempertahankan dirinya dari tumbukan Namajunas.
Dia kemudiannya mengangkat Namajunas dan menghempas lawannya itu ke lantai Octagon, sekali gus memaksa pengadil Herb Dean menghentikan perlawanan.
Kemenangan itu melebarkan lagi rekod MMA yang dipegang Andrade kepada 20-6.
Sementara itu, dua lagenda MMA Brazil, Anderson Silva dan Jose Aldo pula tewas kepada lawan masing-masing di gelanggang sendiri.
Silva tumpas kepada petarung Amerika, Jared Cannonier menerusi TKO pada minit 4:47 pusingan pertama.
Manakala, Aldo pula kalah kepada Alexander Volkanovski dari Australia menerusi keputusan juri selepas tamat tiga pusingan.
Haider Yutim
Sun May 12 2019

Andrade, 27 tahun, dari Brazil menumpaskan lawannya dari Amerika Syarikat menerusi knockout pada minit 2.58 pusingan kedua. - Foto Instagram/UFCBrasil
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

"Maafkan saya.. anda masih yang terhebat" - Uriah Hall sebak selepas tewaskan legenda MMA Anderson Silva
Uriah Hall menumpaskan legenda MMA dari Brazil, Anderson Silva dalam aksi UFC Fight Night di Las Vegas, pada Ahad.

UFC: Jessica Andrade rampas takhta strawweight, dua lagenda Brazil tumpas
Jessica Andrade berjaya merampas gelaran strawweight wanita selepas menundukkan juara bertahan, Rose Namajunas dalam aksi UFC 237 di Rio de Janeiro, pada Ahad.

Adesanya tumpaskan lagenda MMA Anderson Silva di UFC 234
Jaguh middleweight New Zealand, Israel Adesanya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya selepas menewaskan lagenda MMA dari Brazil, Anderson Silva dalam aksi UFC 234 di Melbourne, pada Ahad.