KUALA LUMPUR: Juara acara 400 meter (m) lelaki Sukan SEA 2023, Umar Osman berhasrat memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Asia, di Pattaya, Thailand, pertengahan bulan ini.
Atlet berusia 20 tahun itu berkata bagi mencapai misi berkenaan, dia kini giat menjalani latihan bersama jurulatihnya, Simon Lau, di Sekolah Sukan Singapura sempena cuti semester di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.
Menurut pelari kelahiran Johor Bahru itu, yang berada dalam pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Johor, dia masih mengikuti program latihan disediakan Simon walaupun beliau kini menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih di Sport Singapore.
"Sasaran saya di Pattaya adalah untuk meningkatkan catatan terbaik peribadi (PB) (yang juga merupakan rekod kebangsaan). Sekiranya tidak dapat memperbaiki rekod, saya nak sekurang-kurangnya catat masa yang hampir serupa supaya dapat mengekalkan prestasi," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Kejohanan Olahraga Asia di Pattaya, yang merupakan kelayakan untuk Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary, dijadualkan berlangsung lima hari bermula 12 Julai ini.
Pada Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh, Mei lalu, Umar mencipta sensasi apabila merangkul pingat emas dan acara 400m apabila memecahkan rekod kebangsaan sejak 22 tahun dengan catatan 46.34 saat (s).
Kejayaan itu memadam rekod 46.41s milik Mohd Zaiful Zainal Abidin pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2001 di Brunei.
Pelajar Diploma Rekabentuk Industri itu, turut membantu pasukan negara meraih gangsa acara 4x400m menerusi gandingan Muhammad Firdaus Zemi, Ruslem Zikry Putra Roseli dan S. Tharshan.
Ditanya jika beliau mempunyai hasrat untuk menyertai pelari pecut, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan pelari 400m wanita, Shereen Samson Vallabouy menjalani latihan di Amerika Syarikat, Umar berkata perkara itu belum diputuskan.
"Saya masih mengikuti program latihan yang disediakan oleh jurulatih Simon buat masa ini. Saya berharap kemajuan latihan ini dapat dilihat di Pattaya dalam masa terdekat, sebelum beraksi di Sukan Universiti Dunia (di China bermula 28 Julai).
"Keputusan sama ada saya berkelana ke luar negara atau kekal berlatih di sini bergantung kepada keputusan ibu bapa dan jurulatih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023

Atlet berusia 20 tahun itu kini giat menjalani latihan bersama jurulatihnya, Simon Lau, di Sekolah Sukan Singapura. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.

Umar gagal ke final, impian lebur rekod kebangsaan tidak kesampaian
Pemegang rekod kebangsaan 400m itu menamatkan perlumbaan saringan satu di kedudukan keempat dengan catatan masa 46.42 saat.

Umar sasar perbaharui rekod kebangsaan 400m di Pattaya
Atlet berusia 20 tahun itu kini giat menjalani latihan bersama jurulatihnya, Simon Lau, di Sekolah Sukan Singapura.