KONTINJEN Malaysia menambah satu lagi pingat gangsa menerusi acara badminton berpasukan campuran setelah cabaran negara tersekat di separuh akhir apabila tumpas 0-3 kepada juara bertahan Taiwan pada Rabu.
Keputusan itu menyaksikan kontinjen Malaysia di Universiade mengumpul keseluruhan satu pingat emas dan empat pingat gangsa setakat ini.
Skuad badminton tampil dengan misi untuk menukar warna sebelum ini menampilkan beregu campuran, Wong Tien Ci-Desiree Siow.
Bagaimanapun, mereka gagal menandingi kehebatan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin apabila tewas straight set 18-21, 16-21.
Anson Chong yang tampil bagi acara perseorangan lelaki memberi saingan sengit kepada Lin Chun Yi bagi menyamakan kedudukan.
Bagaimanapun, dia yang berada di ranking 545 dunia terpaksa akur pengalaman berpihak berdepan pemain ranking ke-25 dunia apabila tewas 15-21, 16-21.
Dalam pada itu, Yap Rui Chen yang lebih banyak bermain dalam acara beregu sebelum ini tampil menggantikan perseorangan wanita S Kisona yang masih dibelenggu kecederaan.
Rui Chen yang berdepan Hsu Wen Chi pemain ranking ke-20 dunia bermula garang apabila menang set pertama 21-18.
Bagaimanapun, Wen Chi yang jauh berpengalaman kembali menyamakan kedudukan apabila menang set kedua 21-12.
Set penentuan, Wen Chi tidak menoleh belakang meneruskan momentum positif untuk kemenangan 21-18, biarpun Rui Chen berjaya menyaingi lawannya.
Khamis, saingan acara individu akan menyingkap tirai yang akan melihat kontinjen negara menyandarkan harapan kepada gandingan beregu lelaki dan wanita.
Dalam pada itu, Ketua Kontinjen Malaysia, Universiade Chengdu, Dr Mohd Rusllim Mohamed ternyata gembira apabila barisan atlet muda negara berjaya memastikan sasaran tiga pingat di Universiade Chengdu berjaya direalisasikan.
“Saya sangat gembira dengan pencapaian kontinjen negara di sini terutama dengan pungutan pingat yang telah melepasi sasaran.
"Selain itu, atlet muda negara juga berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara yang disertai di sini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 02 2023

Kontinjen Malaysia menambah satu lagi gangsa di Universiade Chengdu dalam acara badminton berpasukan campuran pada Rabu. - Foto Sinar Harian

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Raih emas pertama Malaysia di Universiade, Tammy terima insentif KPT
Atlet wushu Tammy Tan Hui Ling hari ini menerima insentif tertinggi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjumlah RM15,000.

Russel dan Muhammad Aqil dilarang bertanding dalam acara 200m di Universiade
Russel, pemegang rekod 200m negara, beralih ke media sosial Facebook untuk memohon maaf kepada keluarga, rakan-rakan dan peminatnya.