KUALA LUMPUR: Walaupun para pemain badminton negara menampilkan prestasi hambar pada Terbuka Malaysia 2024 yang berakhir semalam, kesemua pihak dituntut agar tidak meragui keupayaan mereka terutamanya menjelang Sukan Olimpik 2024 di Paris, Julai ini.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan mengecewakan di laman sendiri membuka mata pihaknya untuk membuat persediaan lebih rapi dengan misi utama seterusnya lebih menjurus kepada membantu pemain negara mencapai kemuncak prestasi pada Paris 2024.
Mohamad Norza yang juga Pengerusi Bersama Road to Gold (RTG) berkata perkara itu termasuk mengadakan perbincangan bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berhubung langkah merapatkan jurang dengan jaguh dunia lain terutamanya sebelum ke Sukan Olimpik 2024, dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos ini.
"Hakikatnya, bila kita lakukan penganjuran bertaraf dunia seperti ini timbul kekecewaan bukan sahaja kita (BAM), namun para peminat juga bahawa buat tahun kedua berturut-turut tiada seorang pun wakil di separuh akhir dan akhir.
"Bagaimanapun, bagi saya secara keseluruhan kekecewaan itu lebih kepada status kita sebagai hos, namun dari segi pencapaian, jangan anggap mereka gagal, kita harus beri semua sokongan," katanya.
Mengulas mengenai persembahan secara individu pemain di bawah BAM, beliau berkata beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tetap menampilkan aksi memuaskan, namun tuah mungkin tidak memihak kepada mereka untuk melepasi peringkat suku akhir selepas tumpas kepada juara dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 21-16, 18-21, 13-21.
"Bagi Aaron dan Wooi Yik, mereka ini antara gandingan lima terbaik di dunia. Pada bila-bila masa, mereka yang berada dalam kelompok lima terbaik boleh mengalahkan satu sama lain, cuma apa yang menentukan pada hari pertandingan ialah nasib, mental atau persediaan mereka," katanya.
Bagi beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah pula, keputusan dilakar mereka juga tidak begitu menghampakan memandangkan mereka berjaya memberi tentangan sengit kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning sebelum tumpas pada pusingan pertama, 20-22, 15-21.
"Pearly baru sahaja (pulih) daripada kecederaan, namun mereka tetapi beri saingan sengit kepada pasangan China yang jadi juara (Terbuka Malaysia 2024). Sebelum Pearly cedera, mereka ada keupayaan main dalam tempoh panjang, saya rasa mereka berada pada kedudukan itu, hanya perlu kuatkan fizikal bagi memastikan mereka mempunyai kecergasan yang mantap dan mampu bertahan lama di gelanggang," katanya.
Sheng Shu-Tan Ning yang turun selaku pilihan kelapan mengejutkan pilihan kelima dan rakan senegara, Zhang Shu Xian-Zheng Yu 21-18, 21-18, untuk meraih gelaran sulung Super 1000, di sini.
Mengenai aksi beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Mohamad Norza berkata biarpun mempunyai kualiti setaraf pasangan 10 terbaik dunia, mereka masih belum mencapai tahap kematangan serta dibelenggu perasaan gugup ketika beraksi di gelanggang.
Tang Jie-Ee Wei ditunjuk jalan keluar pada pusingan kedua oleh beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, 22-24, 14-21.
Beliau juga mengambil maklum bahawa pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, turut memerlukan masa untuk menguatkan fizikalnya biarpun menarik diri sewaktu ketinggalan 8-12 kepada pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pembukaan susulan kecederaan belakang.
Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia itu berkata legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berhak menegur segelintir pemain negara yang bercuti rehat menjelang Terbuka Malaysia 2024.
Katanya, beliau menghormati pandangan disuarakan Chong Wei memandangkan figura berkenaan pernah merasai jerih perih menjadi seorang atlet serta pengorbanan terpaksa ditempuhinya sehingga berjaya menjadi antara pemain paling berjaya di dunia sebelum ini.
Baru-baru ini, media melaporkan bekas pemain nombor satu dunia itu merumuskan kegagalan pemain kebangsaan di Terbuka Malaysia adalah tidak melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan pembuka tirai musim 2024.
Malah, pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu turut mempersoalkan tindakan beberapa pemain yang bercuti di luar negara ketika sambutan Hari Krismas meskipun menyedari Terbuka Malaysia akan bermula pada 9 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

MOHAMAD NORZA: Bagi saya secara keseluruhan kekecewaan itu lebih kepada status kita sebagai hos, namun dari segi pencapaian, jangan anggap mereka gagal, kita harus beri semua sokongan. - Gambar fail/BERNAMA

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Mohamad Norza menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara hari ini.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Mohamad Norza dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.

Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Hormati keputusan Norza untuk letak jawatan sebagai Presiden BAM selepas Olimpik - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.

BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.