PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan, kata Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Bagaimanapun beliau berkata ia menemui jalan buntu selepas pengendali berusia 55 tahun itu kekal dengan pendirian untuk meletakkan jawatan.
"Pan-gon dah jumpa pihak pengurusan tertinggi menyatakan hasrat beliau, kita telah berusaha memastikan ia tidak berlaku namun beliau tetap mahu memendekkan kontrak yang sepatutnya tamat pada Disember 2025.
"Sudah tentu kita sedih dan dukacita kerana sumbangan beliau yang besar telah membawa Harimau Malaya ke Piala Asia dan ranking dunia kita juga meningkat dalam tempoh dua tahun ini," katanya dalam sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.
Pan-gon hari ini mengumumkan peletakan jawatannya selaku ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki kebangsaan berkuat serta-merta atas alasan komitmen peribadi.
Mohd Yusoff berkata FAM dalam masa sama menghormati keputusan Pan-gon yang telah memaklumkan perkara itu kepada Presiden FAM Datuk Seri Hamidin Mohd Amin sendiri.
Pan-gon dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada 21 Jan 2022 dan telah memacu banyak kejayaan serta keputusan positif dalam aksi antarabangsa hanya kira-kira lima bulan selepas dilantik ke jawatan itu.
Pencapaian terbaik dikecapi pengendali dari Korea Selatan itu adalah menamatkan penantian 42 tahun untuk Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit.
Bekas pengendali Hong Kong itu telah membantu skuad kebangsaan beraksi di pentas Piala Asia 2023 dan juga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Selain itu beberapa keputusan positif lain turut diraih anak buah Pan-gon ketika berdepan pasukan di kelompok 100 dunia termasuk bangkit mengikat pasukan di tangga 92 dunia Syria 2-2 dan seri 1-1 dengan China (79) di gelanggang lawan.
Malah Harimau Malaya yang berada di ranking ke-137 dunia pada satu ketika berjaya mengatasi pasukan di ranking 102 dunia, India 4-2 dalam aksi Pestabola Merdeka pada Oktober tahun lepas.
Malaysia menghuni ranking ke-154 dunia ketika Pan-gon mula mengambil alih pasukan dan terkini berada di kedudukan 135 dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Mohd Yusoff berkata usaha FAM menemui jalan buntu selepas pengendali berusia 55 tahun itu kekal dengan pendirian untuk meletakkan jawatan. - Foto Bernama

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.

Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.

FAM percaya sokongan peminat terhadap Harimau Malaya kekal utuh
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya sokongan padu peminat tanah air terhadap pasukan bola sepak negara tetap utuh meskipun Kim Pan Gon tidak lagi bersama skuad Harimau Malaya.

Mickey pegang kata-kata Pan-gon untuk bangkit beraksi semula
Walaupun tidak lagi bekerjasama dalam skuad Harimau Malaya, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim akan tetap memegang kata-kata bekas pengendali, Kim Pan-gon.

Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.

Tak wajar salahkan Hamidin punca Pan-gon letak jawatan - PFA
Adalah tidak wajar untuk menyalahkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dengan peletakan jawatan Kim Pan-gon.

Faisal Halim, Sumareh umpama 'Tom and Jerry' - Kim Pan-gon
Bekas ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, menceritakan tentang kenakalan anak buahnya sewaktu latihan skuad kebangsaan.

Kita tidak fikir cari pengganti, jurulatih baru, ketika ini - Yusoff Mahadi
Sekiranya Pau gagal dalam dua kejohanan terdekat, cadangan pencarian jurulatih 'fresh' yang disarankan Tengku Ismail bakal dipertimbangkan.

AFC ucap terima kasih kepada Kim Pan-gon
AFC memuat naik hantaran mengandungi ucapan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM
Pengendali berusia 55 tahun itu telah menjelmakan pelbagai perkara positif sepanjang tempoh dua setengah tahun.