Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan bahawa atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi atau 'Usain Bolt Malaysia' tidak hanya akan menjadi jaguh kampung.
Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk mencari peluang termasuk menghantar Muhammad Azeem menyertai program latihan di peringkat antarabangsa.
“Usain Bolt Malaysia ini sangat berbakat saya telah mengarahkan pihak MSN dan ISN untuk memberikan bantuan secukupnya untuk melatih beliau bukan sahaja untuk bawah 14 dan 15 tahun, tetapi untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.
“Kalau ada program-program profesional, kita akan minta MSN dan ISN (pertimbangkan), seperti program podium yang boleh diserapkan, kita akan serapkan lebih awal. Kalau ada program latihan luar negara, kita akan hantar beliau,” katanya pada sidang media di KBS, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Muar itu menegaskan, tumpuan kementerian kini ialah kepada memastikan atlet muda negara, khususnya dalam sukan pecut, menyerlah di peringkat Olimpik.
“Kita ada Khairul Hafiz Jantan (pelari pecut negara) tetapi kita perlu melatih mereka lebih, khususnya golongan muda, supaya mereka dapat melangkah ke hadapan lebih cepat.
“Kita akan melatih beliau (Muhammad Azeem) sebaik mungkin,” katanya.
BACA: Macam 'The Flash': Remaja 15 tahun ini bakal jadi Usain Bolt Malaysia?
Terdahulu, Muhammad Azeem, 15 tahun, mencuri tumpuan netizen termasuk Syed Saddiq selepas remaja itu menyertai acara 100m di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM).
Larian anak muda itu disifatkan sebagai “The Flash” kerana begitu pantas sehingga meninggalkan jauh pelari-pelari lain.
Beliau berjaya memenangi kejohanan tersebut dengan mencatatkan larian 10.63 saat (s).
Pada Mac lalu, Muhammad Azeem turut memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina.
Selain Muhammad Azeem, bakat muda yang perlu diberi tumpuan oleh kementerian terbabit adalah
atlet kelahiran Sarawak, Jonah Chang Rigan meleburkan rekod acara lontar peluru pada kejohanan yang sama.
Hasimi Muhamad
Tue Apr 23 2019
!['Usain Bolt Malaysia' bukan sekadar jaguh kampung - Syed Saddiq 'Usain Bolt Malaysia' bukan sekadar jaguh kampung - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556029471_MenteriBeliadanSu.jpg)
Syed Saddiq menegaskan hari ini, tumpuan kementerian kini ialah kepada memastikan atlet muda negara, khususnya dalam sukan pecut, menyerlah di peringkat Olimpik. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
MOF menjangkakan peruntukan itu akan dibelanjakan sepenuhnya tahun ini untuk melengkapkan kemudahan asas di kampung terbabit.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Hannah puas hati prestasi atlet muda di Sukan SEA Kemboja Hannah puas hati prestasi atlet muda di Sukan SEA Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683381888_HannahYeohSPrem.jpg)
Hannah puas hati prestasi atlet muda di Sukan SEA Kemboja
Atlet muda di Sukan SEA, Kemboja berjaya menyumbang pingat emas buat negara meskipun baru pertama kali beraksi di kejohanan dwitahunan itu.
![Sukan SEA: Yiat Qing buat kejutan hadiahkan emas dalam penampilan sulung Sukan SEA: Yiat Qing buat kejutan hadiahkan emas dalam penampilan sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683707530_TBLeeYiatQing.jpg)
Sukan SEA: Yiat Qing buat kejutan hadiahkan emas dalam penampilan sulung
Yiat Qing yang kerap beraksi dalam acara 3m papan anjal, bangkit memberi 'percikan' emas kepada kem terjun negara selepas memenangi acara platform wanita itu di Pusat Akuatik Morodok Techno.
![Gangguan seksual: 60 entiti KPM, KPT tandatangan sokong kod sukan selamat Gangguan seksual: 60 entiti KPM, KPT tandatangan sokong kod sukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681803889_RoadToGold.jpg)
Gangguan seksual: 60 entiti KPM, KPT tandatangan sokong kod sukan selamat
Hannah Yeoh berkata pelajar di peringkat sekolah dan mahasiswa universiti adalah pihak berkepentingan terbesar bagi kod terbabit.
![Cungkil kebolehan, bakat atlet sepak takraw dari sekolah rendah - Radzi Cungkil kebolehan, bakat atlet sepak takraw dari sekolah rendah - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663220810_RadziJidin.jpg)
Cungkil kebolehan, bakat atlet sepak takraw dari sekolah rendah - Radzi
KPM lancar Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw bagi mencungkil bakat muda sukan tersebut.
![Perbincangan destinasi pengajian Muhammad Azeem dalam masa terdekat Perbincangan destinasi pengajian Muhammad Azeem dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655640056_Pelaripecutmudane.jpg)
Perbincangan destinasi pengajian Muhammad Azeem dalam masa terdekat
Selain Muhammad Azeem, perbincangan tersebut turut melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa atlet berusia 18 tahun itu dan jurulatihnya.
![Sukan SEA Vietnam: Atlet senior perlu butir emas Sukan SEA Vietnam: Atlet senior perlu butir emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41595375621_MajlisSukanNegara.jpg)
Sukan SEA Vietnam: Atlet senior perlu butir emas
Ini kerana atlet elit negara tiada pilihan selain meletakkan pingat emas sebagai jaminan, sejajar dengan polisi MOM, yang mahu menghantar lebih ramai atlet muda ke temasya itu.
!['Usain Bolt Malaysia' bukan sekadar jaguh kampung - Syed Saddiq 'Usain Bolt Malaysia' bukan sekadar jaguh kampung - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556029471_MenteriBeliadanSu.jpg)
'Usain Bolt Malaysia' bukan sekadar jaguh kampung - Syed Saddiq
KBS telah mengarahkan MSN dan ISN untuk mencari peluang termasuk menghantar Muhammad Azeem menyertai program latihan di peringkat antarabangsa.
![Atlet muda suka bergaduh, Syed Saddiq bimbang Atlet muda suka bergaduh, Syed Saddiq bimbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536752595_SyedSaddiq.jpg)
Atlet muda suka bergaduh, Syed Saddiq bimbang
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, bimbang dengan sikap atlet muda negara yang mudah terbabit dengan isu pergaduhan.