Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi mengesahkan penyertaannya bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) musim 2021.
Pengumuman dinanti-nantikan itu muncul menjelang GP Catalan di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol minggu ini, menyaksikan pelumba yang dikenali dengan jolokan 'The Doctor' itu kekal menggunakan jentera Yamaha YZR-M1 untuk tempoh sembilan musim berturut-turut tahun depan.
Pelumba kelahiran Itali itu sudah dianggap pelumba terhebat sepanjang zaman (GOAT) selepas memecah pelbagai rekod dalam kelas perdana sejak 2000, akan bergandingan dengan rakan senegaranya Franco Morbidelli.
Pada usia 41 tahun, Rossi menjadi satu-satunya pelumba yang memenangi saingan 125cc, 250cc, 500cc dan kejuaraan MotoGP menyaksikan dalam saingan kelas perdana sahaja, Rossi memenangi tujuh kejuaraan dunia, 89 perlumbaan, 199 podium, 55 petak utama dan 76 catatan sepusingan terpantas.
Sementara itu, prinsipal pasukan Datukl Razlan Razali berkata ia adalah satu penghormatan buat SRT dan pasukan mengalu-alukan pelumba ikonik yang juga dianggap legenda menyertai pasukan itu.
"Pengalaman beliau adalah aset terbaik buat pasukan yang memasuki musim ketiga dalam saingan MotoGP dan kami yakin banyak yang boleh dipelajari daripada beliau. Pada msa sama, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu beliau terus kompetitif sebagai penghargaan atas kepercayaannya kepada pasukan ini.
"Kami berbesar hati dengan peluang ini dan bersedia menyahut cabaran. Kami percaya kombinasi antara Rossi dan Morbidelli mampu menggegar litar dan membantu kami bersaing sebaik mungkin musim depan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sejak membuat penampilan sulung di Qatar pada 2019, SRT berjaya meraih enam kedudukan utama dan tujuh kemenangan, serta memenangi 'Independent Teams' Championship' tahun lepas, sementara pada musim 2020, pasukan berjaya meraih dua petak utama, empat podium dan tiga kejuaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020

Valentino Rossi mengesahkan penyertaannya bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team bagi perlumbaan MotoGP musim 2021. - Gambar AP

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT musim 2021
Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi mengesahkan penyertaannya bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) musim 2021.

Martin raih kejuaraan sulung Moto3 dunia di Sepang
Pelumba daripada Sepanyol itu yang mencatatkan 38 minit 34.799 saat (s), telah mendahului sejak awal perlumbaan untuk memenangi Grand Prix Motosikal Malaysia 2018.

MotoGP kekal jadi acara paling gemilang buat Malaysia - Dr Mahathir
Segala usaha yang dijalankan, adalah bagi merealisasikan aspirasi untuk menjadikan SIC sebagai hub aktiviti sukan permotoran di rantau ini dan pemangkin kepada industri sukan permotoran negara.

Dovizioso raih kemenangan pertama dalam MotoGP musim ini
Ia merupakan kemenangan sulung sejak 2009 bagi pelumba Itali yang mewakili pasukan Ducati itu

Marquez rangkul gelaran Grand Prix Motosikal Malaysia
Pelumba Sepanyol, Marc Marquez merangkul gelaran Grand Prix Motosikal 2014 elepas merakamkan catatan masa 40 minit dan 45.523 saat.