LANGKAWI: Kejohanan Ironman Langkawi 70.3 berlangsung esok, bakal menjadi kejohanan penutup buat atlet warga emas Malaysia Yee Sze Mun, yang akan bersara dari sukan triatlon pada usia 86 tahun.
Anak kelahiran Sentul, Kuala Lumpur, yang pernah menerima anugerah Hall of Fame pada 2015 atas penglibatannya buat kali ke-20 dalam Kejohanan Ironman (Malaysia dan dunia), berkata beliau merupakan antara perintis terawal kepada Ironman Langkawi, yang mula diperkenalkan di Malaysia pada 2000.
"Secara keseluruhannya, sudah 30 tahun saya berada dalam bidang sukan ini dan pelbagai kecederaan telah dialami, tetapi kecederaan ini semuanya datang daripada perkara yang saya suka dan cintai, iaitu Ironman.
"Ironman 70.3 esok bakal menjadi penutup tirai, kerana saya akan bersara sepenuhnya dari sukan ini dan sebaik melintas garisan penamat, saya akan bergelar free man kerana tidak perlu lagi mengikut jadual latihan yang ketat," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Yee berkata selepas ini, dia tidak lagi perlu menjalani latihan selain boleh bangun tidur dan makan makanan yang disukainya, tanpa perlu mengikut jadual yang ditetapkan seperti tempoh 30 tahun penglibatannya dalam sukan itu.
Yee berkata dia juga memilih Ironman Langkawi 70.3 sebagai kejohanan terakhirnya, bagi membantu melengkapkan penulisan buku keduannya Couch Potato To Ironman yang dijangka dilancarkan pada tahun hadapan.
"Kalau ikut, saya hendak bersara lebih awal tetapi saya masih belum habiskan penulisan buku kedua... isteri yang cadangkan saya untuk sertai Langkawi Ironman 70.3 tahun ini, bagi mencari penutup bagi buku berkenaan.
"Apa yang pasti, esok saya sengsara kerana bukan mudah hendak tamatkan kejohanan di usia 86 tahun... displin yang saya bimbang ialah berbasikal kerana kecederaan di bahagian leher, tetapi saya akan habiskan tanpa meletakkan sebarang sasaran masa, untuk sampai ke garisan penamat," katanya.
Yee yang menyertai Kejohanan Ironman pertamanya di Kona, Hawaii pada 1995 berkata dia telah menyertai Kejohanan Ironman sebanyak 20 kali, manakala Kejohanan Ironman 70.3 sebanyak 41 kali.
Kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman Langkawi 70.3 akan bermula 7 pagi esok, dengan kategori Ironman Malaysia akan membabitkan displin renang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal (180km) dan larian (42.2km), manakala bagi manakala bagi Ironman Langkawi 70.3 ia melibatkan displin renang sejauh 1.9km, berbasikal (90km) dan larian (21.1km).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
![Veteran Ironman Malaysia bakal bersara selepas Langkawi 70.3 Veteran Ironman Malaysia bakal bersara selepas Langkawi 70.3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696585105_YeeSzeMun.jpg)
Yee Sze Mun merupakan antara perintis terawal kepada Ironman Langkawi, yang mula diperkenalkan di Malaysia pada 2000. - Bernama
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716195775_VeteranIronman.jpg)
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
![Atlet Malaysia sertai Ironman kali ke-20 terima anugerah 'Hall of Fame' Atlet Malaysia sertai Ironman kali ke-20 terima anugerah 'Hall of Fame'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51447400568_KejohananIronmanLa.jpg)
Atlet Malaysia sertai Ironman kali ke-20 terima anugerah 'Hall of Fame'
Melihat keadaan fizikal, tiada siapa menyangka Yee Sze Mun, yang akan menyertai edisi ke-13 Kejohanan Ironman Langkawi 2015 esok, sudah berumur 78 tahun.