SYDNEY: Negeri Victoria di Australia pada Selasa memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata penganjuran temasya itu berdasarkan "model berbilang bandar" yang baharu, kerana acara akan berlangsung di beberapa kawasan luar bandar, lapor Xinhua.
Empat hab serantau akan ditubuhkan di Geelong, Bendigo, Ballarat dan Gippsland. Setiap bandar, dengan populasi di bawah 300,000, akan mempunyai program perkampungan sukan dan atletnya sendiri, dengan majlis perasmian bakal diadakan di Melbourne.
"Pemilihan Victoria sebagai lokasi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 adalah satu penghormatan. Kami tidak sabar untuk menyambut kunjungan dunia ke negeri kami," kata Andrews semasa mengumumkan kejayaan itu.
Acara itu dijangka menjana lebih A$3 bilion (kira-kira US$2.23 bilion) untuk ekonomi Victoria dan mewujudkan lebih 600 pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC) Matt Carroll mengalu-alukan keputusan itu, sambil menambah ia akan memacu lagi sukan di Australia ketika Brisbane sedang bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2032.
Temasya itu dijangka disertai 72 negara Komanwel yang akan bersaing dalam pelbagai acara sukan seperti badminton, kriket, hoki dan pingpong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022

Pemilihan Victoria sebagai lokasi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 adalah satu penghormatan, kata Andrews. - Foto www.danandrews.com.au

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Victoria, Australia menang bidaan tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Temasya berdasarkan "model berbilang bandar" yang baharu, di mana acara akan berlangsung di beberapa kawasan luar bandar.

COVID-19: Sekatan dilanjutkan di Melbourne
Kadar vaksinasi akan dipergiatkan dan fokus utama kini bukan untuk mencapai angka sifar bagi kes harian.

Rekod kes sifar, Victoria benar kafe dan restoran beroperasi semula
Ketua Menterinya, Daniel Andrews memaklumkan, kelonggaran itu termasuk kebenaran untuk bersukan di luar.

COVID-19: Victoria catat kes harian terendah sejak Jun
Buat pertama kalinya, wilayah Victoria yang menjadi titik panas kes COVID-19 di Australia mencatatkan kes terendah sejak Jun lalu.

Perintah berkurung di Melbourne dilonggarkan sedikit
Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di wilayah Victoria, Australia akan dilonggarkan sedikit di Melbourne.

Lebih 2,700 kes aktif COVID-19 di Victoria tidak tahu punca jangkitan
Angka korban keseluruhan di Victoria kini meningkat kepada 210 orang.

Victoria diisytihar darurat, perintah berkurung waktu malam mula dilaksanakan
Terbaharu, perintah berkurung pada waktu malam antara 8 malam sehingga 5 pagi akan dilaksanakan di seluruh Melbourne.

Pusat jagaan warga emas di Victoria paling berisiko penularan COVID-19
Pada Selasa, Victoria merekodkan 384 kes baharu dengan enam kematian.

COVID-19: 165 kes baharu di Victoria, kluster kolej dikenal pasti
Menurut pihak berkuasa kesihatan wilayah itu, daripada jumlah tersebut enam kes baharu direkodkan dalam kluster Al-Taqwa College.

COVID-19: 108 kes baharu di Victoria, perintah berkurung diperketatkan
Menurut Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews, kira-kira 3,000 penduduk tempatan terkesan dalam pelaksanaan tersebut.