KUALA LUMPUR: Pemain kriket negara, Virandeep Singh mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama mencatatkan 1,000 larian dalam format Twenty20 International (T20I).
Pemain berusia 23 tahun itu mencapai kejayaan itu apabila membantu Malaysia menewaskan Maldives dengan 94 larian dalam Siri T20I Quadrangular Malaysia 2022 di Oval UKM, di Bangi, dekat sini, semalam.
Virandeep, yang membuat penampilan sulung T20I menentang Thailand dalam Siri Tri-Nation Malaysia 2019, mencapai angka itu selepas empat pukulan dan empat pukulan enam untuk keseluruhan 72 larian semalam bagi membantu Malaysia mengumpul 230/4 manakala Maldives 136/6.
Dengan tambahan 72 larian yang dilakukan semalam untuk dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan, Virandeep kini mengumpul sejumlah 1,034 larian dalam kira-kira 38 perlawanan T20I.
Bercakap kepada Bernama mengenai pencapaian terbarunya, Virandeep percaya ia boleh menjadi permulaan yang baik untuk beliau bekerja lebih keras ke arah kerjaya kriket yang gemilang.
Saya berasa kagum dan sentiasa gembira untuk pencapaian seperti ini sejak saya mula mewakili Malaysia. Malah, saya mahu melakukannya dengan baik untuk negara. Bukan bermain untuk rekod atau mengejar populariti tetapi apabila perkara seperti ini berlaku, semua usaha gigih saya ini berhasil.
"Sekarang saya perlu memastikan untuk mengekalkan prestasi ini dan lebih penting berusaha lebih keras untuk memenangi lebih banyak perlawanan untuk Malaysia," katanya.
Tahun lalu, Virandeep mengukir namanya sebagai pemain negara pertama beraksi dalam Liga Perdana Everest Nepal 2021 selepas menandatangani kontrak dengan Chitwan Tigers.
Malaysia, selaku tuan rumah, telah mengekalkan rekod bersih untuk menungguli Siri Quadrangular T201 Malaysia 2022 dengan mengumpul 12 mata selepas mengalahkan Maldives, Bhutan dan Thailand (masing-masing dua kali) dan akan berdepan dengan pasukan kedudukan kedua, Bhutan, pada final esok.
Selepas siri quadrangular ini, Virandeep akan mewakili negara pada saingan format 50-over, Liga A Cababaran Piala Dunia Kanada dari 27 Julai hingga 6 Ogos ini iaitu siri kelayakan Piala Dunia 2023 di India.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022
Virandeep membantu Malaysia menewaskan Maldives dengan 94 larian dalam Siri T20I Quadrangular Malaysia 2022 di Oval UKM, Bangi. - Facebook/Malaysian Cricket Association
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Kriket Sukan SEA: Virandeep cipta sejarah bantu Malaysia tewaskan Indonesia
Pemain kriket negara Virandeep Singh melakar kejayaan menakjubkan apabila menjadi pemain pertama mencapai lebih 100 larian dalam format T20 antarabangsa ketika membantu Malaysia menewaskan Indonesia.
Kriket: Virandeep jadi pemain pertama negara menangi Liga Perdana Nepal
Chitwan Tigers menewaskan Pokhara Rhinos dengan kelebihan empat Wicket dalam aksi final di Kirtipur pada Sabtu.