NORWICH CITY 0 LIVERPOOL 3
Virgil van Dijk mengambil pendekatan merendah diri di sebalik kemenangan bergaya 3-0 Liverpool ke atas Norwich City untuk membuat kemunculan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang amat ditunggu-tunggu ramai.
Van Dijk diturunkan dalam perlawanan kompetitif pertamanya sejak mengalami kecederaan lutut yang serius selepas bertembung dengan Jordan Pickford ketika 'derby' Merseyside menentang Everton di Goodison Park, Oktober tahun lalu.
Gol daripada Diogo Jota dan Roberto Firmino meletakkan The Reds di depan sebelum Mohamed Salah mencipta rekod baru EPL dengan mencetak jaringan dalam aksi pembukaan musim kelima berturut-turut, sebentar tadi.
The Reds menutup perlawanan itu tanpa dibolosi tetapi 14 percubaan yang dijanakan Norwich membuktikan bahawa tahap permainan mereka masih goyah dan sememangnya ia sudah dijangkakan Van Dijk.
"Kemenangan 3-0 di sini bunyinya macam selesa tetapi adakalanya kami merumitkan diri sendiri," katanya kepada Sky Sports.
"Mungkin ia didorong keletihan, kami harus melakukan yang lebih baik. Tetapi kami tidak boleh bersikap negatif tentang malam ini.
"Saya memerlukan minit permainan. Tuan rumah mengetahuinya, saya sendiri menyedarinya. Saya sudah pulih sepenuhnya, semoga saya bersedia untuk diturunkan lagi pada minggu depan dan sekali lagi ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar untuk menentang Burnley."
Van Dijk menjelaskan betapa sukarnya menonton dari luar padang ketika juara 2020 itu berdepan krisis kecederaan hingga meleburkan usaha mempertahankan gelaran.
"Pada awalnya fikiran saya bercelaru," katanya.
"Hari ini saya berasa cergas, kemudian keesokan harinya anda tidak boleh berjalan pula. Rutin saya penuh dengan ubat-ubatan dan saya tidak dapat melelapkan mata.
"Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri dan saya terbaca perkara-perkara khabar angin mengenai saya.
"Kami bergelut musim lalu akibat krisis kecederaan di posisi penting. Kami tidak dapat mempamerkan corak permainan kami yang menerapkan tekanan tinggi. Ketika seorang pemain tengah terpaksa mengisi posisi pertahanan tengah, ia bukan mudah dan mereka telah melakukan satu tugasan yang hebat untuk meraih tangga ketiga."
Astro Arena
Sun Aug 15 2021

Reaksi Virgil van Dijk ketika perlawanan EPL antara Norwich City dan Liverpool di Stadium Carrow Road, Norwich, England, 14 Ogos, 2021. (Foto AP)

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

EPL: Van Dijk akui kesilapan undang malang buat Liverpool
Pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui melakukan kesilapan besar ketika The Reds tewas 3-1 kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Tiada Salah? Kami yakin boleh! - Van Dijk
Van Dijk, percaya Liverpool mampu kekal cemerlang dalam ketiadaan Mohamed Salah.

Piala Dunia Qatar: Saingan berdepan Argentina bukan sekadar menyekat Messi - Van Dijk
Pemain pertahanan Belanda, Virgil van Dijk berkata saingan berdepan Argentina pada suku akhir Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada Jumaat ini bukan sekadar untuk menyekat Leo Messi.

Solidariti pemain Liverpool terhadap kematian George Floyd
Barisan pemain ini melutut sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Anfield.

Jerman kalah lagi
Belanda menang 3-0, dan pastinya ia menjadi satu lagi tamparan buat pengendali Jerman, Joachim Low.

Conte akui terlepas Van Dijk
Van Dijk pantas memberikan impak apabila menanduk gol kemenangan buat The Kop dalam aksi pertamanya ketika bertemu Everton dalam saingan Piala FA.