KUALA LUMPUR: Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching berazam mahu melunaskan misi serampang dua mata dalam percubaannya untuk 'menawan' Menara Merdeka 118, pada Disember ini.
Selain melengkapkan pendakian 118 tingkat di menara kedua tertinggi dunia itu, Wai Ching berkata beliau juga mahu melebur dua Rekod Dunia Guinness iaitu pendakian tangga vertikal paling hebat dalam masa sejam (lelaki) dan pendakian tangga vertikal paling pantas (lelaki).
Berdasarkan Rekod Dunia Guinness, Christian Roberto Lopez Rodriguez dari Sepanyol melakukan pendakian tangga vertikal paling hebat dalam masa sejam dengan jarak 1.457 kilometer (km) di sebuah menara di Albacete, Sepanyol pada 2022 manakala Ryoji Watanabe dari Jepun pula muncul sebagai lelaki paling pantas melakukan pendakian tangga vertikal dengan catatan masa 1 jam 6 minit dan 58 saat (s) di Menara Tokyo Skytree, Tokyo pada 2020.
"Saya difahamkan jarak ketinggian dari tingkat bawah ke tingkat 118 adalah 510 meter (m) jadi saya perlu membuat tiga kali pendakian untuk memecahkan rekod wakil Sepanyol dalam masa sejam terlebih dahulu.
"Kemudian saya perlu melengkapkan beberapa larian lagi untuk melakukan catatan masa di bawah 1:06.58s milik Watanabe untuk rekod dunia kedua pula," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu undangan program Bicara Lelaki kendalian Bernama Radio hari ini.
Jika tiada halangan, Wai Ching berkata beliau bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk melengkapkan larian dan berharap dapat memulakan latihan seawal Oktober ini.
Pelari menara berusia 29 tahun itu juga berkata sebuah hotel terkemuka dunia yang akan memulakan operasi di Merdeka 118 juga berminat untuk menaja beliau, selain membantunya bertemu dengan pemilik bangunan iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan misinya hujung tahun ini.
Dalam pada itu, Wai Ching optimis mampu mengekalkan kedudukannya di ranking teratas dunia bagi tahun ini memandangkan jarak mata dikumpulnya agak jauh untuk dikejar pencabar lain.
Setakat Mac lepas, Wai Ching telah mengumpul 971 mata manakala pencabar terdekatnya, Watanabe pula di kedudukan kedua dengan 771 mata diikuti Fabio Ruga dari Itali dengan 626 mata.
Beliau pada masa sama sedang melakukan persiapan bagi menyertai dua kejohanan tempatan hujung minggu ini sebelum menghadapi saingan di Poland dan Jerman minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian. - Gambar fail/Instagram @mastowerrunner
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia
Tajaan RM75,000 membolehkan Wai Ching teruskan penyertaan di peringkat antarabangsa dan capai misi merampas semula ranking nombor satu dunia.

Wai Ching masih "dihantui" kegagalan di Shanghai, sekadar di tempat kedua larian Menara KL 2024
Soh Wai Ching masih belum dapat melupakan kegagalan di Shanghai selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KL) 2024.

Wai Ching pertahan kejuaraan Larian Menara MBPJ 2024, cipta rekod baharu
Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching sukar digugat selepas mempertahankan gelaran kategori lelaki terbuka Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2024 di sini, hari ini.

Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.

Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.

Wai Ching mahu pertahankan ranking dunia untuk 10 tahun lagi
Wai Ching berazam menyertai lebih banyak kejohanan yang menawarkan kutipan mata tinggi selain berusaha memecahkan rekod.

Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas 3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Wai Ching tawan Berjaya Times Square
Pelari nombor satu dunia itu melakukan larian 47 tingkat melibatkan 1,061 anak tangga dalam masa lima minit enam saat (s) untuk memegang gelaran pertama perlumbaan berprestij itu.

Wai Ching di tempat kedua Australia 108 Stair Challenge 2023
Ini adalah kekalahan pertama bagi atlet berusia 29 tahun itu selepas mencatatkan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan larian menara.