KUALA LUMPUR:Sejak kebelakangan terdapat ura-ura sebuah pasukan dibarisi pemain muda negara seakan program Harimau Muda yang ditubuhkan pada 2007 akan bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.
Bagi penulis ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai rasional penubuhan pasukan itu tatkala keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memansuhkan program Harimau Muda pada 2015 bertujuan mengembalikan tanggungjawab membangun pemain belia kepada kelab.
Spekulasi mengatakan pasukan 'Harimau Muda 2.0' itu hanya akan dibarisi graduan generasi kedua Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) berusia antara 17 dan 18 tahun yang tidak berjaya mendapat kontrak sama ada bersama kelab domestik atau luar negara.
Seramai 12 pemain terbaik daripada keseluruhan 40 pelatih generasi kedua AMD telah menandatangani kontrak antara dua dan tiga tahun bersama juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor baru-baru ini.
Difahamkan pasukan Harimau Muda memerlukan perbelanjaan sekitar RM3 juta setahun.
Dalam kelembapan ekonomi susulan impak COVID-19 yang turut menjejaskan industri bola sepak negara, penulis berpendapat jumlah itu dilihat lebih berbaloi jika digunakan bagi menghantar atau memasarkan pelatih AMD di luar negara.
Pada masa sama, keperluan pasukan baharu itu bertanding dalam Liga-M turut menjadi persoalan selepas kira-kira 10 hingga 14 pemain dalam kalangan graduan generasi pertama AMD telah berjaya membuat penampilan bersama pasukan Liga Super dan Liga Premier musim lepas.
Selain itu, sejarah juga tercipta apabila bintang muda negara Luqman Hakim Shamsudin muncul pemain Malaysia pertama bermain di liga utama Eropah bersama kelab profesional Belgium KV Kortrijk setelah menandatangani kontrak selama lima tahun.
Sekiranya jumlah baki pemain yang tidak berjaya mendapatkan kontrak dengan pasukan di luar menjadi isu utama, penulis ingin tahu mengapa tiada cadangan untuk kesemua pemain tersebut dihantar menjalani ujian percubaan di kelab liga domestik sebelum musim baharu bermula?
Sementara itu, dengan proses penswastaan persatuan (FA) ke kelab (FC) yang telah dilaksanakan, penulis melihat penubuhan 'Harimau Muda 2.0' akan menghalang tranformasi barisan pemain muda untuk lebih cepat bersama kelab sekali gus mungkin merencatkan proses ke arah karier profesional.
Segelintir peminat bola sepak tanah air menyifatkan spekulasi itu sebagai langkah kebelakang dalam usaha pelbagai pihak termasuk FAM yang komited menggerakkan bola sepak negara ke arah dimensi baharu.
Sebagai rekod, program Harimau Muda pada 2007 dilihat mempunyai rasional ketika itu memandangkan kejohanan Piala Belia hanya bermula pada 2008 sebelum pertandingan untuk pemain Bawah 19 Tahun (B-19) itu dan Piala Presiden (B-21) ditangguhkan musim ini susulan impak COVID-19.
Harimau Muda pernah bertanding dalam Liga Perdana, Liga Super, S League (Singapura), Liga Divisyen Pertama Slovakia dan Liga Queensland yang merupakan sebahagian daripada liga utama Australia.
Bagi penulis, walaupun penubuhan pasukan baharu itu kini baru memasuki fasa perbincangan dan sebarang ketetapan masih belum dibuat, namun adalah penting untuk perkara ini diperhalusi bersama semua pemegang taruh bola sepak negara termasuk pasukan bertanding dalam Liga-M.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020

Segelintir peminat bola sepak tanah air menyifatkan spekulasi itu sebagai langkah kebelakang dalam usaha pelbagai pihak termasuk FAM yang komited menggerakkan bola sepak negara ke arah dimensi baharu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.

Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.

Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.

Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.

Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.

Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.

Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.

Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.

Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.