KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, ketika mengumumkan perkara itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Wan Azizah yang memegang jawatan itu sejak 20 Sept 2018 atas minat, semangat dan komitmen yang diberikan terhadap sukan itu serta pembangunannya di Malaysia.
"Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Dr Wan Azizah atas semua sumbangan beliau dalam sukan badminton dan BAM sejak tiga tahun lepas.
"Kami menghargai bimbingan, idea dan input Datuk Seri dalam usaha mengukuhkan persatuan secara keseluruhan. Sumbangan Datuk Seri kepada badminton Malaysia akan sentiasa dikenang dan dihargai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Mohamad Norza mengiringi Wan Azizah melawat ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menunjukkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap kerja pembangunan dan inisiatif cemerlang yang dilaksanakan BAM setakat ini.
Dalam lawatan itu, Wan Azizah turut diberi taklimat mengenai pelbagai kemudahan yang disediakan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selain garis panduan kesihatan yang dikenakan kepada semua kakitangan kejurulatihan dan pemain di ABM bagi menjaga kesihatan dan keselamatan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua lapisan rakyat supaya menolak sebarang anasir yang cuba melaga-lagakan mereka dengan memainkan isu perkauman.

Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya
Isteri Perdana Menteri Jepun, Yoshiko Ishiba hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik.

Misteri kucing mati: Angkara kekejaman manusia atau serangan anjing liar? - Arie
Pihak polis dinasihatkan tidak terburu-buru membuat kenyataan berhubung kes kematian ngeri beberapa kucing di Universiti Malaya adalah disebabkan serangan anjing liar.

Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.

KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.

HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.

Isteri Perdana Menteri jalani prosedur kesihatan, dalam keadaan baik
Dr Wan Azizah berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani prosedur kesihatan itu.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Kuching.

Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi
Allahyarham Dr Syed Hussin Ali wajar dikenang sebagai pejuang negara yang langsung tidak menghiraukan kuasa dan wang ringgit, kata Rafizi

Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan perlu perancangan holistik - Dr Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penglibatan wanita dalam menduduki jawatan tinggi sektor awam telah melebihi sasaran 30 peratus.