Ketika peminat masih terkejut dengan kepulangan pemain harapan negara Nazmi Faiz ke tanah air, ada perkhabaran gembira dari kem Harimau Muda A di Australia.
Ketua Jurulatihnya, Ong Kim Swee mendedahkan dua pemainnya iaitu Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Zakaria ditawarkan kontrak oleh kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.
Kedua-dua pemain tersebut telah menjalani ujian bersama pasukan itu pada Julai 2012.
Kim swee memaklumkan kelab itu menghubunginya bulan lalu dan menyatakan hasrat mereka untuk mengikat kontrak dengan Wan Zack dan Wan Zaharulnizam.
Pengendali itu yakin kedua-duanya dapat menimba pengalaman berharga dengan aksi di Jepun berdasarkan tahap dan kualiti liga di sana.
Tambah Kim Swee lagi, Wan Zack dan Wan Zaharulnizam kemungkinan akan mengikat kontrak sekurang-kurangnya dua tahun tetapi keputusan akhir masih belum diputuskan FAM.
Ia dikatakan berpunca dari tindakan mengejut Nazmi yang juga bekas pemain Harimau Muda A dilepaskan dari kelab Portugal, SC Beira-Mar untuk menyertai PKNS Selangor.
Astro Awani
Sat Feb 02 2013


Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

Nazmi Faiz kekal bersama PKNS FC
Pengendali skuad PKNS, Wan Jamak Wan Hassan mengesahkan pemain Nazmi Faiz Mansor kekal komited bersama pasukan tersebut musim ini.

FC Ryukyu mahu ambil lebih ramai pemain Malaysia
Kelab divisyen tiga Liga Jepun, FC Ryukyu berminat untuk mengambil lebih ramai pemain Malaysia.

FAM teliti klausa tertentu
Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM kini melakukan perincian terakhir untuk melepaskan dua pemain Harimau Muda A ke kelab devisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.

Wan Zack dan Wan Zaharulnizam ditawar beraksi bersama FC Ryukyu
Ketua Jurulatihnya, Ong Kim Swee mendedahkan dua pemainnya iaitu Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Zakaria ditawarkan kontrak oleh kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.