Pemain wanita negara, Low Wee Wern menamatkan kemarau gelaran 10 tahun untuk Malaysia di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Wee Wern, 26, mengesahkan pingat emas untuk dirinya selepas menewaskan Tsz Wing Tong dari Hong Kong 11-3, 8-11, 11-3, 11-8 di final, sekali gus menyamai pencapaian Lim Yoke Wah yang turut menjuarai acara perseorangan wanita kejohanan edisi 2006.
Namun impian Malaysia untuk mendapat kejuaraan berganda menerusi Ivan Yuen dalam acara perseorangan lelaki tidak kesampaian apabila tewas kepada Tsz Fung Yip dari Hong Kong yang juga pilihan utama 3-11, 9-11, 4-11.
Wee Wern yang berasal dari Pulau Pinang bermula baik pada set pertama apabila mudah menundukkan Wing Tong 11-3 yang banyak melakukan kesilapan mudah hasil tekanan yang diberikan pemain negara.
Wing Tong bagaimanapun bangkit melakukan lebih banyak asakan dan hasilnya beliau memenangi set kedua dengan 8-11.
Tersentak dengan kekalahan pada set kedua, Wee Wern memperbaiki corak permainannya untuk terus membuat serangan demi serangan dan kembali menguasai perlawanan untuk menang set ketiga dan keempat dalam pertarungan selama 49 minit.
"Perlawanan tadi sungguh sengit dan pada set pertama Wing Tong gagal menemui rentak kerana masih cuba menyesuaikan diri dengan gelanggang.
"Selepas tewas set kedua, saya terus fokus di set ketiga dan keempat untuk memenangi perlawanan hari ini.
"Kemenangan ini bukan hanya untuk diri saya tetapi juga bagi skuad negara yang kali terakhir memenangi acara ini 10 tahun lalu," kata Wee Wern selepas perlawanan itu.
Sebagai rekod, Wee Wern baru sahaja membuat penampilan semula selepas berehat lama akibat kecederaan dan kali terakhir beliau memenangi kejuaraan ialah di Terbuka China pada 2014.
Ivan pula gagal menemui rentak dan banyak melakukan kesilapan sehingga tewas mudah di set pertama 3-11 dan sokongan padu penyokong turut tidak dapat mengubah nasibnya apabila kalah dua set berikut 9-11 dan 4-11.
"Saya sudah berusaha namun dia (Fung Yip) seorang pemain yang bagus dan juga menduduki ranking yang lebih baik daripada saya.
"Selepas ini saya akan bermain dalam acara berpasukan campuran pula dan akan fokus untuk acara itu," katanya.
Acara berpasukan campuran akan bermula esok, melibatkan dua perseorangan lelaki dan satu perseorangan wanita.
Kali terakhir skuad berpasukan campuran negara meraih pingat ialah pada 2008 dan 2014 dengan masing-masing mendapat pingat gangsa.
Bernama
Thu Sep 08 2016

Gambar kenangan (dari kiri), Ivan Yuen yang memenangi pingat perak, Low Wee Wern memenangi pingat emas manakala Nazihah Hanis Abd Razak memenangi pingat gangsa. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Malaysia lakar sejarah muncul juara berpasukan Kejohanan Skuasy Universiti Dunia
Skuad berpasukan campuran negara melakar sejarah apabila dinobatkan juara di final Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Wee Wern tamat kemarau gelaran di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia
Pemain wanita negara, Low Wee Wern menamatkan kemarau gelaran 10 tahun untuk Malaysia di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia.