PERSATUAN Tenis Wanita (WTA) mengalu-alukan gambar yang menunjukkan pemain tenis China, Peng Shuai, dalam satu panggilan video dengan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, tetapi mengatakan ia tidak mengurangkan kebimbangannya tentang kesejahteraannya.
Pemain berusia 35 tahun itu secara meluas dianggap telah hilang sejak membuat dakwaan serangan seksual terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Jawatankuasa Tetap Parti Komunis China, Politbiro, iaitu Zhang Gaol, lebih tiga minggu lalu.
Menurut IOC, Peng berkata dia dalam keadaan selamat dan sihat menerusi perbualan dengan Bach.
IOC berkata dalam satu kenyataan bahawa Peng telah bercakap dengan presiden itu selama 30 minit.
"Dia menjelaskan bahawa dia selamat dan sihat, tinggal di rumahnya di Beijing tetapi ingin kehidupan peribadinya dihormati pada masa ini," menurut kenyataan itu.
"Dia lebih suka menghabiskan masanya bersama rakan dan keluarganya pada masa ini. Namun, dia akan terus terlibat dalam tenis, sukan yang sangat cintainya."
Sebagai tindak balas, jurucakap WTA berkata: "Senang melihat Peng Shuai dalam video baru-baru ini tetapi ia tidak mengurangkan atau menangani kebimbangan WTA tentang kesejahteraan dan keupayaannya untuk berkomunikasi tanpa penapisan atau paksaan.
"Video ini tidak mengubah gesaan kami agar siasatan penuh diadakan secara adil dan telus, tanpa penapisan terhadap dakwaan serangan seksual yang dibuatnya, ia merupakan isu yang menimbulkan kebimbangan awal kami."
Walaupun rakaman yang dikeluarkan oleh media kerajaan China pada hujung minggu lalu yang menunjukkan kononnya Peng berada di sebuah restoran bersama rakan-rakannya, diikuti dengan imejnya dalam satu kejohanan remaja Ahad lalu, kebimbangan terus dibangkitkan mengenai keselamatannya.
Serena Williams, Naomi Osaka dan Novak Djokovic antara mereka yang meminta mempersoalkan keberadaan Peng.
Astro Arena
Tue Nov 23 2021

Peng Shuai (gambar) membalas hantaran pemain Jepun Nao Hibino ketika Terbuka Australia di Melbourne, 21 Jan 2020. Serena Williams, Naomi Osaka dan Novak Djokovic antara mereka yang mempersoalkan keberadaan Peng Shuai. - Gambar fail AP

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

WTA umum gantung kejohanan di China
Ia susulan kebimbangan berkaitan pemain tenis China, Peng Shuai.

WTA masih sangsi keberadaan Peng Shuai
Video itu tidak mengubah gesaan WTA agar siasatan penuh diadakan secara adil dan telus, tanpa penapisan, terhadap dakwaan yang dibuat.

WTA kurang yakin kemunculan semula Peng Shuai selepas lama menghilang
Bekas beregu nombor satu dunia itu sebelum ini dilaporkan hilang selepas membuat dakwaan bahawa dia telah menjadi mangsa gangguan seksual.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Serena Williams terkejut dengan misteri kehilangan Peng Shuai
Peng dikatakan tidak ditemui sejak mendedahkan mengenai serangan seksual yang dialaminya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pengerusi WTA lebih gusar selepas terima e-mel Peng Shuai
Peng dilaporkan hilang sejak membuat tuduhan serangan seksual yang dilakukan oleh seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.

Bintang tenis China, Peng Shuai dakwa dipaksa adakan hubungan seks
Ini kali pertama tuduhan terhadap pegawai tertinggi kerajaan didedahkan di akaun media sosial.