KUALA LUMPUR: Kem wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Ketua Kontinjen Datuk Chong Kim Faat berkata berdasarkan jadual pertandingan, atlet wushu dilihat berpeluang membuka akaun kutipan pingat kontinjen negara dalam acara yang dijadual pada 24 Sept, kurang 12 jam selepas pembukaan rasmi temasya itu.
Beliau yang juga Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) menamakan juara dunia 2017 Wong Weng Son (Changquan lelaki) sebagai antara prospek pingat kali ini.
"Weng Son terlepas pingat emas pada Sukan SEA Kemboja (Mei lepas) kerana masalah pernafasan selepas dijangkiti COVID-19. Selepas menukar ubat, beliau kini berada dalam keadaan baik untuk berikan saingan sengit.
"Kita sama-sama doakan agar skuad wushu mampu meraih pingat pertama untuk membakar semangat kontinjen kita. Saya juga ingin memohon 33 juta rakyat Malaysia beri sokongan padu kepada atlet kita ke Sukan Asia," katanya selepas majlis makan malam bersama wartawan baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya juga mendapat makluman daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) bahawa tuan rumah sudah bersedia untuk menganjurkan Sukan Asia ke-19 dan hanya menanti ketibaan para atlet dan pegawai dari seluruh pelusuk Asia.
Weng Son, yang pernah meraih satu emas, enam perak dan satu gangsa di Kejohanan Dunia sejak 2015, selain tiga emas pada Piala Dunia, meraih perak acara Jianshu+Qiangshu dan gangsa Changquan pada Sukan SEA Kemboja.
Kem wushu sering menjadi penyumbang pingat emas pertama kontinjen negara, termasuk di Sukan SEA 2019 Filipina dan Kemboja 2023, selain emas sulung negara dalam sejarah Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China pada Julai lepas.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut hadir ke majlis berkenaan, turut menasihati para atlet negara terutama yang kali pertama beraksi supaya tidak gementar atau bimbang.
"Atlet tidak perlu risau. Dengan adanya sokongan padu dan infrastruktur semuanya sudah bersedia, kita berharap mereka dapat memberikan keputusan yang baik untuk Malaysia. Kita juga ada Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) wanita (Prof. Madya Farrah Hani Imran) untuk pastikan keperluan atlet wanita dijaga," katanya.
Pada Sukan Asia kali ini, kontinjen Malaysia meletakkan sasaran 27 pingat menerusi 13 sukan - terjun, badminton, berbasikal trek, ekuestrian, hoki, karate, memanah, olahraga, pelayaran, sepak takraw, skuasy, wushu dan e-sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
![Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694601793_ChongKimFatt.jpg)
Chong Kim Faat menamakan juara dunia 2017 Wong Weng Son (Changquan lelaki) sebagai antara prospek pingat kali ini. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Piala Dunia Taolu: Atlet wushu Cheong Min sambar emas di Jepun Piala Dunia Taolu: Atlet wushu Cheong Min sambar emas di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729935968_TBWUSHUJAPAN.jpg)
Piala Dunia Taolu: Atlet wushu Cheong Min sambar emas di Jepun
Tan Cheong Min mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat emas dalam acara nangun pada Piala Dunia Taolu di Yokohama, Jepun.
![Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695270857_ChongKimFatt.jpg)
Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.
![Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726443757_WushuFederationof.jpg)
Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau
Pingat emas pertama negara muncul menerusi atlet wushu lelaki negara Bryan Ti Kai Jie dalam acara nanquan lelaki.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
![Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024 Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723605651_BryanTiKaiJie.jpg)
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
![Wushu: PWM sedia terima salam perdamaian Seksyen Sukan BPS KPT Wushu: PWM sedia terima salam perdamaian Seksyen Sukan BPS KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697793692_WushuMalaysia.jpg)
Wushu: PWM sedia terima salam perdamaian Seksyen Sukan BPS KPT
Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) sedia menyambut salam perdamaian dengan Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik (BPS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Hannah mahu pendekatan lebih segar terhadap sukan wushu Hannah mahu pendekatan lebih segar terhadap sukan wushu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683792749_WongWengSon.jpg)
Hannah mahu pendekatan lebih segar terhadap sukan wushu
Negara-negara yang berjaya membawa pulang pingat acara wushu di pentas antarabangsa mendapatkan jurulatih dari China.
![Sukan Asia Hangzhou: Wushu terlepas peluang tuai pingat pertama negara Sukan Asia Hangzhou: Wushu terlepas peluang tuai pingat pertama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695528464_WongWengSon.jpg)
Sukan Asia Hangzhou: Wushu terlepas peluang tuai pingat pertama negara
Atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son menamatkan saingan akhir changquan lelaki, di kedudukan kedua tercorot.
![Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695504818_ChongKimFatt.jpg)
Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding
Kim Fatt memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2023-2026 pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif WFA ke-53 semalam.
![Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694601793_ChongKimFatt.jpg)
Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt
Kem wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.