KUALA LUMPUR: Atlet wushu negara Wong Weng Son merangkul juara acara Changquan lelaki pada Kejohanan Wushu Dunia 2023 yang berlangsung di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
Atlet berusia 31 tahun itu dinobatkan sebagai juara dunia selepas memperoleh 9.826 mata untuk mengetepikan pencabarnya dari Indonesia Seraf Naro Siregar (9.803 mata) yang meraih perak dan gangsa disambar rakan senegara Clement Ting Su Wei (9.800 mata).
Kejuaraan yang diraih atlet kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu sekali gus mengubati kekecewaannya yang sekadar meraih perak acara sama pada edisi 2019 di Shanghai, China.
Kali terakhir Weng Son meraih emas di kejohanan dunia adalah pada 2017 di Kazan, Rusia bagi acara Jianshu.
Lebih manis kejayaan kem negara tidak terhenti di situ apabila Su Wei turut menyumbang pingat perak bagi acara Daoshu lelaki.
Kem wushu wanita negara pula membuahkan dua perak menerusi Sydney Chin Sy Xuan dalam acara Taijijian dan dan Loh Ying Ting untuk saingan Changquan wanita.
Bekas juara dunia, Tan Cheong Min pula meraih gangsa acara Nangun wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023

Weng Son dinobatkan sebagai juara dunia selepas memperoleh 9.826 mata untuk mengetepikan pencabarnya dari Indonesia Seraf Naro Siregar (9.803 mata) yang meraih perak.- Foto FB Wushu Federation Of Malaysia

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Piala Dunia Taolu: Atlet wushu Cheong Min sambar emas di Jepun
Tan Cheong Min mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat emas dalam acara nangun pada Piala Dunia Taolu di Yokohama, Jepun.

Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.

Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau
Pingat emas pertama negara muncul menerusi atlet wushu lelaki negara Bryan Ti Kai Jie dalam acara nanquan lelaki.

Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.

Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.

Wushu: PWM sedia terima salam perdamaian Seksyen Sukan BPS KPT
Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) sedia menyambut salam perdamaian dengan Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik (BPS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Hannah mahu pendekatan lebih segar terhadap sukan wushu
Negara-negara yang berjaya membawa pulang pingat acara wushu di pentas antarabangsa mendapatkan jurulatih dari China.

Sukan Asia Hangzhou: Wushu terlepas peluang tuai pingat pertama negara
Atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son menamatkan saingan akhir changquan lelaki, di kedudukan kedua tercorot.

Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding
Kim Fatt memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2023-2026 pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif WFA ke-53 semalam.

Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt
Kem wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.