KOTA BHARU: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini bagi menambah keahlian sedia ada seramai 3,079 ahli setakat ini.
Pengerusinya Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata usaha berkenaan adalah bagi memastikan setiap bekas atlet mendapat pembelaan sewajarnya melalui pelbagai manfaat skim yang ditawarkan.
"Kita harap dapat capai seramai 4,000 ahli tahun ini, jadi mana-mana bekas atlet yang belum berdaftar dapat segera melakukannya menerusi pendaftaran dalam talian yang disediakan kerana kita menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada mereka.
"Antaranya termasuk pembiayaan perubatan kritikal sehingga RM20,000, peralatan kesihatan RM20,000 selain bantuan lain seperti khairat kematian dan bantuan pelajaran kepada anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada bekas atlet bola keranjang Kelantan Wee Chong Por yang kini terlantar selepas mengalami masalah osteoporosis di Shalis Care Centre di sini hari ini.
Noorul Ariffin berkata Yakeb menyediakan sumbangan kira-kira RM500,000 tahun ini membabitkan 150 bekas atlet di seluruh negara menerusi pelbagai bentuk bantuan termasuk peralatan kesihatan.
Katanya bagi negeri Kelantan seramai 300 bekas atlet telah dikenal pasti setakat ini dan kebanyakannya terdiri daripada atlet paralimpik telah menerima pelbagai manfaat yang disediakan Yakeb.
Mengulas lanjut, Noorul Ariffin berkata lawatannya ke Kelantan hari ini juga bagi menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada bekas atlet bola sepak kebangsaan Apandi Yusof, 73, yang kini sedang menjalani rawatan di cawangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sementara itu, Wee berkata kedatangan rombongan Yakeb ke pusat rehabilitasi itu sangat bermakna buat dirinya yang kini tidak lagi dapat berjalan selepas melakukan pembedahan lutut kira-kira 10 tahun lepas.
Wee yang kini berusia 82 tahun memulakan kerjaya sebagai pemain bola keranjang sejak berusia 16 tahun memaklumkan beliau menetap di pusat jagaan itu kira-kira tiga minggu lepas apabila isterinya Loi Ham Weong, 83, tidak lagi dapat dapat menguruskannya akibat dijangkiti kanser paru-paru tahap empat dan turut dirawat di pusat jagaan sama.
Wee pernah mendapat pingat emas bagi acara bola keranjang di sukan Asia 1979 di Jakarta dan Sukan SEA di Filipina pada 1985 selain menjadi jurulatih pasukan bola keranjang kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024

Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed (kiri) menyantuni bekas atlet bola keranjang Kelantan, Wee Chong Por, 82, (kanan) ketika melakukan lawatan di Shales Care House hari ini. - Foto Bernama

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K

Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy
Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.

Atlet terjejas boleh dapat bantuan menerusi YAKEB - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata mereka tidak perlu mendapatkan bantuan menerusi kempen #BenderaPutih untuk mengatasi masalah keperluan asas walaupun ia bermatlamat baik.

Dua bekas atlet negara positif COVID-19 sembuh - Yakeb
Dua bekas atlet kebangsaan yang sebelum ini didapati positif COVID-19 sudah pulih daripada jangkitan virus tersebut dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Bekas atlet Paralimpik negara mohon diberi ruang untuk berdikari
Koh Lee Peng, 46, berkata beliau sering diganggu malah dituduh sebagai pendatang asing yang cuba mengambil kesempatan meminta sedekah di negara ini.

Kaki kena potong, apa nasib pemain golf Shaaban Hussin selepas itu?
Itu rintihan pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Malek Noor selepas melawat pemain golf negara, Shaaban Hussin pada Isnin.

YAKEB bayar dana lebih RM2.1 juta bantu bekas atlet negara
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah mengagihkan dana lebih RM2.1 juta bagi menguruskan kos perubatan bekas atlet negara untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.