JOHOR BAHRU: Skuad remaja kebangsaan perlu memperbaiki segera beberapa kesilapan dan kelemahan yang ada dengan hanya berbaki empat minggu sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja (JWC) di Kuala Lumpur, bulan depan.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata ia berdasarkan prestasi Young Tigers dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 yang dilihat kurang memuaskan.
Beliau yang tidak berpuas hati dengan prestasi skuad remaja berkata pemain perlu disuntik semangat dengan menjalani latihan kem di Kuala Selangor dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi JWC.
"Kalau hendak kata saya puas hati (dengan prestasi) mereka dalam SOJC, memang saya menipu kalau saya kata puas hati. Jadi, banyak perkara yang jurulatih kena perbaiki.
"... kerana ada beberapa kesilapan mereka buat adalah kesilapan yang lazim, namun sekiranya anda terus mengulangi kesilapan yang sama, ada sesuatu hal yang tidak betul. Jadi, inilah yang kita perlu ada dalam sesi perbincangan itu," katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir SOJC antara Jerman dan Australia di Stadium Hoki Taman Daya di sini malam tadi.
Subahan berkata Young Tigers diyakini bangkit dengan lebih bersemangat memandangkan mereka akan menerima kehadiran pakar pukulan sudut penalti dari Australia, Christopher Ciriello yang mampu membantu menajamkan lagi pukulan sudut penalti pemain.
Beliau pada masa sama berkata meskipun skuad remaja kecundang dan sekadar di tempat ketujuh dalam SOJC, pemain dilihat masih mampu memberikan saingan kepada pasukan-pasukan gergasi dunia dalam kejohanan SOJC.
Sepanjang kempen SOJC, skuad remaja kebangsaan kalah dalam empat perlawanan dan hanya menewaskan Afrika Selatan 3-2 di peringkat penentuan tempat ketujuh dan kelapan.
Jerman menjuarai SOJC 2023 selepas menewaskan Australia 3-1 menerusi penentuan pukulan penalti.
India di tempat ketiga setelah menumpaskan Pakistan 6-5 dan Great Britain di tempat kelima apabila mengalahkan New Zealand 5-3.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023

Subahan berkata pemain perlu disuntik semangat dengan menjalani latihan kem di Kuala Selangor dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi JWC. - Gambar fail/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Young Tigers perlu segera baiki kelemahan untuk saingan Piala Dunia Remaja
Skuad remaja kebangsaan perlu memperbaiki segera beberapa kelemahan sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja bulan depan.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Projek 2016: Skuad hoki remaja kecewakan KJ
Kegagalan skuad hoki remaja negara melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja 2016 adalah sangat mengecewakan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.