Bekas pemain kebangsaan era 80 dan 90an, Zainal Abidin Hassan diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu, bagi membimbing pasukan Melaka United mengharungi musim 2019.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata pelantikan itu berkuatkuasa Rabu dan beliau ditawarkan kontrak selama setahun hingga tempoh 13 November 2019 untuk mengemudi skuad Sang Kancil menghadapi kempen Liga Malaysia.
Beliau berkata, pemilihan Zainal Abidin itu berdasarkan kredibiliti dan pengalaman beliau dalam dunia bola sepak bukan sahaja sebagai jurulatih beberapa pasukan sebelum ini namun sebagai pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan.
"Pelantikan ini juga mengambil semangat baharu kepada Melaka United kita berharap pasukan ink dapat membuat persediaan lebih awal bagi membentuk barisan terbaik dalam menghadapi saingan Liga Super musim depan.
"Kepercayaan ini diberikan kepada beliau kerana kita yakin beliau mampu membawa pasukan negeri ini ke peringkat lebih jauh dalam saingan lain juga seperti kempen Piala FA dan Piala Malaysia," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Terdahulu beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), menandatangani kontrak pelantikan Ketua Jurulatih Melaka United bersama Zainal Abidin di pejabatnya di Ayer Keroh.
Pelantikan jurulatih berusia 57 tahun itu juga menggantikan E. Elavaran yang tidak mahu menyambung khidmat sebagai ketua jurulatih pasukan negeri Hang Tuah itu.
Sementara, Zainal Abidin berkata beliau berterima kasih atas kepercayaan tinggi kepada pihak MUSA memberinya peluang itu dan bertekad mahu menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya.
Mengulas lanjut, bekas jurulatih Pulau Pinang itu menyifatkan Melaka United sebuah pasukan yang segar dengan barisan pemain sedia ada dan bakal diserap masuk yang mampu memberi impak positif untuk meraih pencapaian lebih baik.
"Melaka United adalah pasukan yang pertama menawarkan kontrak dan dari hari pertama sehingga perkara ini dimuktamadkan saya tidak berbincang dengan mana-mana pasukan lain dan faktor saya menerima tawaran ini juga berdasarkan kemampuan melaka untuk melangkah lebih jauh selain mempunyai fasiliti yang baik.
"Matlamat saya selepas ini adalah memilih pemain dan membentuk pasukan yang mampu memberi saingan kepada pasukan lain walaupun ada pihak yang mempertikai mengenai kehadiran saya di sini, saya menganggap ia perkara biasa dalam bola sepak," katanya.
Zainal Abidin berkata, fokusnya kini menilai pemain termasuk yang akan dibawa masuk namun tugas pertamanya ialah meneliti laporan semua pemain sedia ada dan kemungkinan hanya lapan hingga sepuluh pemain dalam skuad terdahulu dikekalkan.
"Ia termasuk Khairul Fahmi Che Mat yang telah menunjukkan prestasi mengagumkan dan saya gembira beliau masih memilih untuk bersama Melaka United.
"Selain itu memang ada desas desus mengenai pelantikan saya bersama Melaka United dan saya dihubungi beberapa pemain dari pasukan lebih baik yang berminat untuk menyertai pasukan ini tetapi masih di tahap perbincangan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Nov 14 2018

Pemilihan Zainal Abidin (gambar) itu berdasarkan kredibiliti dan pengalaman beliau dalam dunia bola sepak bukan sahaja sebagai jurulatih beberapa pasukan sebelum ini namun sebagai pemain. - Gambar fail/BERNAMA
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.