Ketua jurulatih olahraga kebangsaan Zainal Abas melepaskan jawatannya berkuatkuasa serta merta, selepas diberi kepercayaan menyandang jawatan itu lebih tiga tahun lepas.
Dalam surat kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang bertarikh 1 Julai, Zainal berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkannya memberi tumpuan dan komitmen sepenuhnya, kepada jawatan hakiki selaku Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Datuk S.M Muthu atas pelantikan selaku Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia yang baharu. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia atas kepercayaan yang diberikan kepada saya selama lebih tiga tahun untuk menyandang jawatan Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan.
"Adalah dengan ini saya ingin memaklumkan pihak Yang Berbahagia Datuk dan Kesatuan Olahraga Malaysia bahawa saya dengan ini meletak jawatan, selaku Ketua Jurulatih Kebangsaan berkuatkuasa 1 Julai 2019," katanya dalam surat tersebut.
Sepanjang lebih tiga tahun menjawat jawatan itu sejak 2015, beliau berjaya membantu memulihkan imej sukan olahraga di persada antarabangsa, apabila atlet di bawah jagaannya berjaya memperbaharui catatan rekod kebangsaan sebanyak 37 kali dengan membabitkan 17 acara olahraga yang berbeza, diikuti tiga rekod Sukan SEA turut berjaya diperbaharui dan satu rekod disamai oleh empat orang atlet di temasya Sukan SEA yang lepas.
Kecemerlangan atlet diteruskan dengan menyaksikan Zaidatul Husniah Zulkefli menjadi atlet wanita kedua dalam sejarah olahraga Malaysia layak ke separuh akhir Sukan Komanwel 2018 dan layak ke akhir Sukan Asia 2018 selepas G. Shanti melakukannya pada 1998 dalam acara 100m.
Selain itu, kuartet 4x100m lelaki turut menyerlah di Gold Coast, Australia apabila mencipta sejarah menjadi kuartet lelaki pertama negara berjaya ke acara akhir di temasya itu.
"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua atlet yang telah menunjukkan kesungguhan dan kecekalan dalam menggapai impian mereka. Teruskan usaha anda dan saya pasti kejayaan yang diimpikan akan menjadi kenyataan.
"Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan jurulatih yang telah banyak memberikan kerjasama dalam merangka dan mengendali program latihan atlet tanpa mengenal erti penat. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda," kata jurulatih berusia 52 tahun itu.
Dalam pada itu, Zainal berkata beliau akan meneruskan khidmatnya bersama 'World Athletics' sebagai pensyarah kejurulatihan dan sentiasa bersedia membantu atlet dan jurulatih selagi berupaya dan diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019
![Zainal letak jawatan ketua jurulatih olahraga kebangsaan Zainal letak jawatan ketua jurulatih olahraga kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562001147_ZainalAbas.jpg)
Sepanjang lebih tiga tahun menjawat jawatan itu sejak 2015, Zainal (gambar) berjaya membantu memulihkan imej sukan olahraga di persada antarabangsa.
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
![Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah' Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739012709_MADAD.jpg)
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kemaskininya memaklumkan
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739012767_banjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga pagi tadi.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024 Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736907180_pingatSukanOlimpi.jpg)
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
![Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734831740_tbLigaWanitaFootb.jpg)
Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.
![KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731600860_HannahYeoh.jpg)
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
![Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731459202_tbSUKMAAmarAwang.jpg)
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
![Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729815788_tbAMSYARSIRHANWoo.jpg)
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
![Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729630229_NicolAnnDavid.jpg)
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
![UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024 UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726312543_TBSUKIPTI.jpg)
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
![Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724721274_ParisParalymp.jpg)
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
![Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718295185_TBANWARUCAP.jpg)
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
![Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718192548_TBNIZAMMARJUGI.jpg)
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.